Saturday, October 8, 2011


  
Ketika ramai rakyat Malaysia bercakap mengenai kebijaksanaan Perdana Menteri merangka strategi Belanjawan 2012, Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu cuba untuk menidakkan kesejahteraan belanjawan itu dengan mengadakan ceramah politik di Kampung Pulau Bintungan malam tadi.

Dalam intipati ceramahnya, selain menemplak Belanjawan 2012 yang dibentangkan Perdana Menteri di Dewan Rakyat, Mat Sabu juga sekali lagi menjadikan ceramah itu sebagai gelanggang untuk memperjuangkan kembali Mat Indera dan idealogi komunis.

Mat Sabu juga mengambil kesempatan dengan memperlekehkan kerajaan dan polis yang mengambil tindakan ke atasnya dalam isu komunis dan Mat Indera. Keputusan mendakwanya di mahkamah adalah sesuatu yang silap dan sebagai langkah terdesak kerajaan untuk menangkapnya daripada terus berceramah.

Bagaimanapun, kehadiran Mat Sabu di Negeri Sembilan untuk mengadakan ceramah politik telah mendapat bantahan berterusan daripada beberapa buah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menyerahkan memorandum kepada Mat Sabu.

Memorendum itu bertujuan untuk mengingatkan kepada Mat Sabu bahawa penduduk dan rakyat di kawasan itu tidak mahu Mat Sabu mengadakan ceramah dan menentang sikapnya yang menyokong komunis.

Kumpulan yang diwakili 70 orang terdiri daripada beberapa NGO yang diketuai Gerakan Memartabatkan Perjuangan Nasional (GMPN) bagaimanapun tidak dapat menyerahkan memorendum itu kepada Mat Sabu. Selain dihalau, mereka juga telah dihalang dengan kasar oleh penyokong yang taksub dengan Mat Sabu dan PAS.

Kekasaran yang berlaku hingga menyebabkan insiden tolak menolak berlaku sehingga mencetuskan pergaduhan antara kedua-dua kumpulan. Beberapa ahli kumpulan berkenaan cedera ringan dipercayai akibat ditumbuk dan terkena botol minuman serta objek yang dibaling oleh kedua-dua pihak.

Keadaan kemudian tidak terkawal menyebabkan Unit Tindakan Ringan (LSF) polis bergegas ke lokasi bagi meredakan keadaan.

Tercetusnya pergaduhan itu membuatkan LSF polis terpaksa mententeramkan keadaan dan membenarkan GMP masuk bertemu Mat Sabu kira-kira pukul 10.30 malam selepas Ketua Cabang Keadilan Rembau, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali Chegu Bard keluar untuk berunding sebelum menyerahkan memorandum berkenaan.

Mat Sabu yang terlalu leka dengan ceramahnya sehingga tidak memperdulikan pergaduhan yang berlaku di luar kawasan tempat dia berceramah. Mat Sabu meneruskan ceramahnya dan berakhir kira-kira pukul 12 malam.
Menurut, wakil GMPN, Mohd. Arafat Muhammad kesal dengan insiden tersebut kerana penganjur sebelum itu memaklumkan wakil mereka akan dibenarkan masuk tanpa sebarang halangan.

‘‘Sebelum ini kita telah berbincang dengan wakil penganjur sebelum ke kawasan ceramah itu kerana diberitahu empat wakil kami akan dibenarkan masuk menyampaikan memorandum kepada Mat Sabu.”

Mat Sabu sebelum ini mendakwa Mat Indera adalah wira sebenar dalam tragedi serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950, bukannya anggota polis yang diserang kerana mereka bekerja dengan penjajah British.

Berikutan itu, Mat Sabu telah didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth, Pulau Pinang 21 September lalu atas tuduhan membuat tohmahan memburukkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka dalam tragedi di Bukit Kepong sewaktu menyampaikan ceramahnya di Padang Menora, Tasek Gelugor pada Ogos lalu.
Categories: ,

0 comments:

Post a Comment

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!