BELANJAWAN PAKATAN PEMBANGKANG MENGHANCURKAN NEGARA



Ketika rakyat Malaysia menantikan Jumaat ini, 7 September 2011, untuk mengetahui apakah keputusan kerajaan dalam belanjawan @ lebih dikenali Bajet 2012, Pakatan Pembangkang semalam telahpun membentangkan belanjawannya yang bertemakan ‘Kesejahteraan Untuk Semua’ yang telah dibentangkan Anwar Ibrahim.

Persoalannya, apakah Pakatan Pembangkang sebuah kerajaan sehingga mengambil peluang untuk menyedia dan membentangkan belanjawan mereka? Untuk siapakah belanjawan Pakatan Pembangkang ini?

Secara asasnya, ramai penganalisis ekonomi menyimpulkan belanjawan Pakatan Pembangkang yang dikemukakan Anwar Ibrahim semalam sebagai mengarut dan tidak masuk akal kerana tidak mengetahui perkara-perkara asas dalam ekonomi.

Menurut Dr. Chandra Muzaffar yang juga bekas Timbalan Presiden PKR, Pakatan Pembangkang seharusnya mengemukakan sumber-sumber mereka dan dari manakah mereka memperoleh sumber kewangan. Malah, dikatakan Pakatan Pembangkang tidak mengetahui pelaksanaan struktur dan landskap ekonomi.

Sementara itu, pensyarah USM, berkata Anwar Ibrahim hanya bermimpi ketika menyediakan belanjawan tersebut. Belanjawan Pakatan Pembangkang itu disifatkan sebagai mengarut dan tidak akan dapat direalisasikan pada tahun depan mahu pun pada tahun-tahun akan datang kerana seluruh dunia kini sedang berhemat dan berusaha mahu mencapai pertumbuhan.

Penganalisis ekonomi, Tan Sri Ramon Navaratnam menyatakan pembangkang boleh merancang apa sahaja kerana negara ini mengamalkan sistem demokrasi dan mereka tidak memerintah negara. Menurutnya, selama berkhidmat dalam Kementerian Kewangan selama 27 tahun, bukanlah sesuatu yang mudah untuk merangka belanjawan seperti yang dilakukan Pakatan Pembangkang.

Apakah sebenarnya motif Pakatan Pembangkang membentangkan belanjawan mereka? Pastinya, pembentangan awal Pakatan Pembangkang mengenai belanjawan mereka dilihat sebagai mahu memerangkap belanjawan kerajaan kononnya kerajaan meniru mereka dan membandingkan belanjawan mereka lebih realistik.

Hakikatnya, belanjawan Pakatan Pembangkang lebih terarah menghancurkan negara ketika Malaysia kini berusaha untuk menstabilkan ekonomi akibat kelembapan ekonomi negara-negara maju di dunia. 
Share this article :
 

+ comments + 2 comments

Anonymous
October 5, 2011 at 9:14 AM

anwar da gila meroyan tak dapat jadi perdana menteri

Anonymous
October 5, 2011 at 10:49 AM

aNUwAR..DAH GILE BABI MCM DAPIG..DAH LAMA XDPT LUBANG KUNYIT!!

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger