BELANJAWAN 2012 KERAJAAN BN BUAT PAKATAN PEMBANGKANG RESAH



Tepat jam 4.00 petang ini, semua mata dan telinga rakyat Malaysia akan tertumpu kepada televisyen sama ada saluran TV1, TV2, TV3, NTV7, 8TV, Astro Awani, Bernama TV tidak termasuk Selangor TV, radio kerajaan mahupun swasta dan blog-blog di internet.

Ramai yang menanti penuh debar apakah kesinambungan Belanjawan 2012 yang akan dibentang Perdana Menteri yang disifatkan sebagai "Belanjawan transformasi untuk semua rakyat Malaysia".

Menurut Perdana Menteri, kesan Belanjawan 2012 tersebut akan memberikan kesan kepada orang ramai. Antara yang akan disentuh ialah menangani kos kehidupan dalam waktu-waktu sukar dan pada masa sama, mengekalkan pendekatan bertanggungjawab dari segi menjamin kedudukan fiskal dalam menguruskan ekonomi.

Mengulas lebih lanjut, yang pasti belanjawan kali ini bersifat mengotakan janji-janji BN kepada rakyat selaras dengan Gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Seperti mana, pemansuhan ISA dan beberapa Akta dan Undang-Undang Buang Daerah yang disifatkan sebagai sudah lapuk dan Perdana Menteri telah mengotakan janji-janjinya semasa mula-mula mengambilalih jawatan Perdana Menteri pada April 2009.

Belanjawan ini adalah mengenai kerajaan mengotakan janji-janji kami untuk menjamin keadilan sosial dan pada masa sama, memastikan negara kita berada di landasan ekonomi yang kukuh yang akan membawa kemakmuran dan kesejahteraan jangka panjang untuk semua.

Seperti yang diperkenalkan Perdana Menteri semasa pentadbirannya, transformasi mengambil alih elemen pada kerajaan membawa Malaysia ke arah negara maju. Atas sebab itu, transformasi yang dibawa Perdana Menteri dilihat sebagai pendekatan yang sangat praktikal dan menjadi iguan kepada Pakatan Pembangkang.

Pakatan Pembangkang menunggu penuh debaran apakah kandungan Belanjawan 2012 dan pastinya cuba membandingkan Belanjawan Kerajaan dengan belanjawan mereka.

Menjadi kelaziman Pakatan Pembangkng akan cuba memburukkan Belanjawan 2012 Kerajaan walhal dan hakikatnya belanjawan ini juga memberikan kesan yang positif ke atas mereka sebagai pembangkang. 
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger