Saturday, October 15, 2011



Fenomena artis menyertai UMNO-BN sejak akhir-akhir ini telah membuatkan Pakatan Pembangkang terutama PAS kian kebingungan. Manakan tidak, PAS sebelum ini berbangga dengan kehadiran “Ustaz” Bob Lokman dan mengharapkan aura Bob Lokman untuk menarik seberapa ramai artis untuk diislamkan.

Perancangan PAS itu bagaimanapun tidak menjadi kenyataan apabila ramai artis tidak berminat menyertai parti politik Islam itu dan Pakatan Pembangkang. Bagi mereka, PRK Merlimau dan PRK Kerdau dahulu banyak mengajar erti siapa sebenarnya parti politik yang benar-benar membela artis dan sesuai dengan kehendak mereka.

Sikap Ustaz Bob Lokman yang banyak membelakangkan artis dan memperlekehkan kerjaya artis dalam ceramah-ceramah politiknya banyak mengajar latar belakang parti politik Islam itu.


Budaya artis masuk UMNO mula kelihatan apabila Dato’ AC Mizal bersama isterinya yang juga seorang artis telah menyertai UMNO apabila menghantar borang keahlian UMNO pada sebulan yang lepas. Tindakan AC Mizal dan isterinya itu merupakan titik permulaan dan akan berterusan selepas ini apabila artis Jamal Abdillah turut menyertai UMNO pada bulan puasa yang lepas.


Dan, baru-baru ini sekumpulan 10 artis yang diketuai Timbalan Presiden Seniman, Rozaidi Abdul Jamil atau dikenali Zed Zaidi. Selain Zed Zaidi, turut sama dalam majlis ringkas petang itu, Rashdan Baba, Ezani Nizarif, Haris Kool dan Adam AF. Mereka telah menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin di pejabat Pemuda UMNO.

Kehadiran beberapa artis menyertai UMNO ini adalah langkah menangkis dakwaan Bob Lokman sebelum ini yang banyak menghentam kerjaya artis yang dikatakannya tidak membawa apa-apa makna. Malah, Bob Lokman sejak kebelakangan ini banyak menyerang kerjaya artis sambil mengakui dirinya kini adalah penyelamat artis-artis di Malaysia.

Oleh itu, bagi meramaikan lagi artis Malaysia menyertai UMNO, teruskan usaha mengutuk kerjaya artis seperti yang dilakukan Bob Lokman. 
Categories: ,

0 comments:

Post a Comment

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!