ANWAR IBRAHIM TERSALAH TAFSIR SEBENARNYA KRISTIANI ANCAMAN KEPADA UMAT ISLAM



Anwar Ibrahim menolak Himpunan Sejuta Umat dengan mendakwa program itu bakal menimbulkan kegelisahan dan kecurigaan di antara agama dan kaum di negara ini. Sebaliknya, menegaskan bahawa tidak ada sebab untuk takut gereja dan aktiviti Kristianisasi kerana mereka tidak mempunyai kuasa.

Kami tidak pernah percaya bahawa Islam sedang diancam oleh Kristianisasi. Sebaliknya, mereka yang berkuasa hanya menyemai rasa takut.

Bagaimanapun, dakwaan dan tanggapan Anwar Ibrahim ternyata meleset dan menyimpang jauh disebabkan pemahamannya yang cetek tentang agama.

Menurut Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman, Kristianisasi bukan bermakna mengkristiankan orang secara khusus. Kristianisasi bermakna mencairkan pegangan (akidah) orang..mengeluarkan orang daripada pegangan agamanya yang asal..kalau dia masuk Kristian pun boleh..tak nak masuk Kristian pun dah sampai matlamat.

“Saya melihat di sini, ada ‘orang’ mengambil kesempatan untuk mempromosi model Barat..Liberal Barat ini untuk menyelesaikan masalah pluralisme ini. Katanya lagi dengan mempromosi Liberal Barat akan menghapuskan semua sistem berasaskan agama dan bangsa yang diguna pakai di negara ini.”

Sementara itu, Naib Presiden II ISMA, Ustaz Muhammad Fauzi B. Asmuni menolak tanggapan sesetengah pihak yang mendakwa isu Kristianisasi sebagai isu remeh.

“Menjaga agama adalah kewajipan nombor satu umat Islam. Ia terletak di nombor satu dalam susunan ‘dharuriat khamsah’ (lima perkara asas yang perlu dipelihara sebagai tiang kehidupan muslim). Ini telah disepakati oleh ramai ulama muktabar termasuk Imam As-Syatibi, Abu Zuhroh dan lain-lain”, katanya.

Menurutnya, Kristianisasi tidak diukur berdasarkan untung rugi undi pilihan raya semata-mata,sebaliknya mesti diukur berdasarkan apa yang dikehendaki oleh Allah dalam perjuangan dakwah Islam.

“Apa yang dibimbangi oleh masyarakat Muslim adalah toleransi yang tidak kena pada tempatnya akan menghilangkan rasa mulia (izzah) dalam jiwa umat Islam, khususnya generasi muda yang mentah, terhadap hakikat ketinggian agama ini.

“Ini merupakan musibah besar kepada kelangsungan kefahaman Islam yang syumul dan jatadiri umat muslim pada masa depan”, katanya.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger