ANWAR IBRAHIM PERTIKAI URUS TADBIR KEWANGAN NEGERI-NEGERI PAKATAN PEMBANGKANG



Dakwaan Anwar Ibrahim kononnya Laporan Ketua Audit Negara 2011 yang diumumkan baru-baru ini adalah gambaran kegagalan program transformasi yang dilaksanakan kerajaan adalah sesuatu yang bersifat kecelaruan.

Adalah menjadi sifat Anwar Ibrahim akan cuba mencari kegagalan dan peluang untuk menyerang kerajaan walaupun pada hakikatnya negeri-negeri di bawah pemerintahan Pakatan Pembangkang pun terlibat sama.

Laporan Ketua Audit Negara 2011 bukan sahaja menyentuh agensi, kementerian atau kerajaan negeri di bawah Barisan Nasional (BN), tetapi turut merangkumi teguran-teguran ke atas pentadbiran negeri yang dikuasai pakatan pembangkang.

Dakwaan Anwar Ibrahim itu seolah-olah melihat dirinya tidak pernah berada dalam kerajaan. Harus diingat bahawa Laporan Ketua Audit Negara 2011 itu bersifat mencari kelemahan dan penyelesaian, dan bukannya mencari kesalahan dan seterusnya membuatkan kesalahan itu kian teruk.

Harus diingat bahawa Laporan Ketua Audit Negara 2011 sangat penting bagi menilai prestasi perkhidmatan awam yang berlangsung untuk tempoh setahun. Semua pihak perlu memahami bahawa laporan tersebut amat penting dalam usaha kerajaan untuk memastikan setiap masalah atau kelemahan yang timbul di peringkat pelaksanaan belanjawan negara dapat diatasi dari semasa ke semasa.

Tindakan kerajaan itu disifatkan sebagai mencerminkan ketelusan dan akauntabiliti dijadikan sebagai asas paling penting dalam kita menguruskan belanjawan negara.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger