ALASAN KESIHATAN KARPAL SINGH TIDAK HADIR KE MAJLIS ULANG TAHUN 60 PAS CETUSKAN PERSOALAN



Ketidakhadiran Pengerusi DAP, Karpal Singh ke Majlis Ulang Tahun PAS ke-60 di Kepala Batas cetuskan persoalan hangat di kalangan ahli-ahli PAS dan pemimpin-peimpin Pakatan Pembangkang.

Ramai ahli PAS berpendapat Karpal Singh takut terhadap Nik Aziz bagi menjawab persoalan berhubung cadangan perlaksanaan hukum hudud. Karpal Singh merupakan pemimpin DAP yang sangat lantang dalam menentang cadangan hukum hudud itu yang diketengahkan Nik Aziz.

Sebelum ini, Karpal Singh pernah menyuarakan kemarahannya dengan menyatakan langkah mayatnya dahulu sebelum hukum hudud itu dilaksanakan.

Mesyuarat Pimpinan Pakatan Pembangkang Rabu lepas telah menolak cadangan Nik Aziz untuk melaksanakan hukum hudud. Begitupun, dalam mesyuarat itu, Nik Aziz tidak menyertai mesyuarat itu atas alasan beliau bukan pemimpin tertinggi PAS. Ini membuatkan Karpal Singh bermaharajalela bagi menghentam Nik Aziz di hadapan Presiden PAS dan Setiausaha PAS dalam mesyuarat itu.

Bagi penyokong kuat Nik Aziz Mesyuarat Pimpinan Pakatan Pembangkang pada malam itu disifatkan sebagai tidak adil kerana tidak mendengar dahulu hujah-hujah Nik Aziz. Malah, dikatakan Presiden  dan Setiausaha PAS hanya mengangguk dan terpaksa menerima pandangan DAP yang ternyata berkuasa dalam mesyuarat itu.

Justeru, dalam Majlis Ulang Tahun PAS ke-60, Karpal Singh telah tidak hadir disebabkan beliau akan menerima kecaman daripada pemimpin dan ahli-ahli PAS yang pro-Nik Aziz. Alasan tidak sihat yang diberikan Karpal Singh sangat tidak masuk akal kerana sebelum ini beliau kelihatan sihat dan boleh berjaga sehingga awal pagi semasa menghadiri Mesyuarat Pimpinan Pakatan Pembangkang.

Dalam pada itu, ramai ahli dan pemimpin PAS menunggu kehadiran Karpal Singh yang dikatakan menjadi orang tumpuan. Ketidakhadirannya pada majlis itu telah menyebabkan mereka yang menunggu berasa kecewa. Ramai yang berpendapat, Karpal Singh takut kepada Nik Aziz dan alasa kesihatan yang diberikannya tidak dapat diterima ahli-ahli PAS dan Pakatan Pembangkang. 
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger