AIR PERCUMA: KERAJAAN PKR SELANGOR PERTIKAI LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA



Kerajaan Pakatan Pembangkang Selangor tetap akan meneruskan program pemberian air percuma kepada rakyat negeri ini menerusi Kumpulan Darul Ehsan Bhd. (KDEB) walaupun telah menyebabkan syarikat itu mengalami kerugian sebanyak RM122.25 juta.

Dalam Laporan Audit Negara 2010 yang dikeluarkan baru-baru ini, menyebut program air percuma di Selangor yang ditanggung oleh KDEB menyebabkan syarikat subsidiari milik penuh kerajaan Selangor itu rugi sebelum cukai pada 2009 sebanyak RM122.25 juta.

Program tersebut dilaporkan menyebabkan KDEB perlu menanggung kos sebanyak RM131.47 juta pada 2009 berbanding RM68.67 pada 2008.


Menurut kenyataan tersebut, KDEB dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan negeri menerusi Menteri Besar Pemerbadanan (MBI) dan sebagai anak syarikat kerajaan negeri, ia mendapat banyak keistimewaan dari segi pemberian sumber-sumber seperti tanah, projek pembangunan dan pemilikan saham-saham.

Justeru, Pejabat Menteri Besar Selangor menafikan sekeras-kerasnya kenyataan Laporan Audit Negara 2010 yang dikeluarkan itu dan didakwa cuba untuk mencemar imej pentadbiran Pakatan Pembangkang Selangor.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger