TIDAK SETUJU DENGAN KENYATAAN MAT SABU CETUS PERGOLAKAN DALAM PAS?




Keengganan Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak memberikan komen di atas kenyataan Mat Sabu berhubung tindakannya menyokong komunis dilihat sebagai mengambil jalan selamat.

Ramai di kalangan pemimpin PAS tidak mahu memberikan komen di atas kenyataan Mat Sabu disebabkan mereka takut kepada Timbalan Presiden PAS itu. Mereka tahu bahawa orang-orang yang berdiri di belakang Mat Sabu merupakan bukan orang sembarangan kerana mereka ini boleh menjejaskan masa depan politik pemimpin yang tidak sukai. Mereka juga tahu master mind di belakang Mat Sabu pastinya Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang.

Kebanyakan mereka tidak mahu memberikan komen dan lebih gemar menyuruh pakar-pakar sejarah berdebat dengan Mat Sabu. Dalam situasi ini mereka hanya bersikap tunggu dan lihat.  

Sambil menyatakan beliau tidak mengikuti isu membabitkan kenyataan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berhubung tragedi Bukit Kepong dalam satu ceramah di Pulau Pinang bulan lalu, Azizan menjelaskan bahawa beliau tidak mengetahui sejarah Bukit Kepong dan ketika ini lebih banyak memfokuskan kepada kesihatannya yang semakin kurang baik.

Bagaimanapun, Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib mempunyai pendapat yang berbeza dengan Azizan. Menurut nya, setiap ideologi yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam termasuk apa yang diperjuangkan oleh komunis tetap menjadi musuh Islam sampai bila-bila.

Ideologi yang diperjuangkan itu tetap tidak akan 'mati' walaupun sudah terjalin perjanjian damai antara dua pihak yang bertelagah.


"Apa saja ideologi 'songsang' termasuk komunis bukan datang daripada Allah kerana ia atheis ataupun tiada tuhan untuk mereka sembah. Selagi mereka ini tak terima Islam sebagai agama, mereka tetap menjadi musuh Islam sampai bila-bila."

Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib

Sehingga kini, Presiden PAS, Abdul Hadi Awang masih membisu dengan kenyataan yang dikeluarkan timbalannya itu. Ini sekaligus membuktikan bahawa PAS kini sedang menghadapi pertelagahan dalaman ekoran sikap dan tindakan Mat Sabu yang kini dilihat semakin aggresif. 
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger