TIDAK SEHALUAN DENGAN PAKATAN PEMBANGKANG, SNAP SEDIA JADI PARTI MESRA BN DAN SOKONG BN



Setiausaha Kehormat SNAP, Stanley Jugol dalam kenyataannya semalam bahawa sama ada SNAP akan kekal dalam Pakatan Pembangkang atau mesra BN hanya akan diputuskan selepas Perhimpunan Agung Tritahunan (TGA) SNAP pada 24 dan 25 September 2011.

Kenyataan ini dibuat apabila SNAP yang sebelum ini ‘bersama’ Pakatan Pembangkang dalam Pilihan Raya DUN Sarawak Ke-10 berasa kecewa ketika bersama dahulu.

Kesediaan SNAP memilih untuk kembali kepada BN hanya sebagai parti yang mesra BN dilihat suatu landskap politik yang semakin matang. Setelah SNAP dipertikaikan penyertaan mereka dalam Pilihan Raya DUN Sarawak, mereka mengambil keputusan menentang PKR dan Pakatan Pembangkang setelah gagal bertolak ansur berhubung pembahagian kerusi.

Keputusan SNAP yang bersedia menjadi parti setia BN telah disambut baik oleh kompenan BN Sarawak.

Presiden PRS, Tan Sri James Masing menyatakan, ia terpulang kepada SNAP sendiri sama ada terus mahu memihak kepada pembangkang atau menyokong BN. Sekiranya mereka (SNAP) ingin bersama kami (BN), mereka harus mendaftar dan kami akan sedia mempertimbangkan secara serius.

Masing juga memberitahu sejak SNAP didaftar semula, mereka tidak pernah menyingkirkan SNAP daripada BN, tetapi parti itu sendiri yang membuat keputusan untuk berada di pihak pembangkang.

Sebelum ini, BN sudah memberi pilihan kepada mereka (selepas mendaftar semula) sama ada menyertai BN atau sebaliknya, tetapi mereka senyap sahaja malahan membuat keputusan bersama pembangkang.

Sementara itu, Presiden SPDP, Tan Sri William Mawan ak Ikom berkata, sekiranya SNAP membuat keputusan sebegitu, ia adalah sesuatu yang amat baik. Sambil menjelaskan, sama ada parti pembangkang itu besar atau kecil, keinginan untuk menyertai BN tetap dialu-alukan.

“Jika SNAP memilih untuk menjadi parti setia BN dan menyokong BN, ini menandakan mereka sudah berubah”.

“Kami (BN) sangat mengalu-alukan mereka (SNAP) yang menunjukkan parti sudah bersedia bersatu dan bekerjasama memajukan rakyat”.

Jika ini berlaku, cadangan DAP yang sebelum ini yang mahu menjalinkan hubungan dengan SNAP dalam usaha menarik sokongan kaum Bumiputera Sarawak di kawasan luar bandar terpaksa dilupakan. 
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger