TERIMA KASIH MAT SABU! MAT SABU HERO PAKATAN PEMBANGKANG



Apakah isu Mat Sabu yang menyokong komunis dalam insiden Bukit Kepong telah berakhir ekoran sidang media PAS di Ibu Pejabat PAS di Kuala Lumpur semalam?

Yang pasti Mat Sabu telah berjaya menjadi hero kepada BN secara tidak langsung dengan mengangkat sentimen membenci Pakatan Pembangkang. Manakan tidak, Mat Sabu yang telah mencetuskan kemarahan kesemua bekas-bekas pejuang negara, baik polis (mata-mata) atau tentera serta pegawai keselamatan yang bertugas menjaga ketenteraman negara. Mereka sebulat suara telah mengkritik kenyataan Mat Sabu yang telah melabelkan komunis sebagai pejuang negara dan menidakkan jasa dan pengorbanan polis dalam tragedi berdarah Bukit Kepong.


Difahamkan sebanyak lebih 500 laporan polis telah dibuat di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak oleh individu dan persatuan serta pertubuhan yang membantah kenyataan Mat Sabu. Walaupun kejadian Bukit Kepong berlaku di Johor, namun atas semangat cintakan negara, bekas-bekas pejuang negara di Sabah dan Sarawak dengan tegas mengkritik kenyataan Mat Sabu yang dianggap sebagap pengecut!

Secara tidak langsung telah menjejaskan reputasi Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS dan PAS sendiri yang dikatakan mempunyai ahli dan pemimpin yang tidak patriotik dan lebih mementingkan kepentingan politik.

Terdahulu, dalam sidang media PAS di Ibu Pejabat PAS di Kuala Lumpur semalam, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali memberitahu bahawa PAS tidak menafikan bahawa UMNO memperjuangkan kemerdekaan. Ini sekaligus menyanggah dan menyangkal dakwaan Mat Sabu sebelum ini yang mengangkat komunis sebagai pejuang kemerdekaan negara.

Sambil menambah bahawa PAS menolak ideologi dan perjuangan komunis serta menerima hakikat bahawa UMNO memperjuangkan kemerdekaan negara. Mengakui terdapat dua kaedah perjuangan menuntut kemerdekaan iaitu secara konfrontasi menolak British dan cara ”peaceful cooperation” (kerjasama damai) yang dilakukan oleh Allahyarham Tunku Abdul Rahman dan Datuk Onn Jaafar.

PAS juga menolak ideologi dan menolak perjuangan komunis. "Perjuangan sudah mula lama sejak Datuk Maharajalela di Perak, Datuk Bahaman (Pahang), Dol Said (Melaka dan Negeri Sembilan), Tok Janggut (Kelantan), dan banyak lagi lain, menentang penjajahan Inggeris.

Sebelum ini, majoriti rakyat Malaysia termasuk di kalangan ahli-ahli dan pemimpin Pakatan Pembangkang menolak dakwaan Mat Sabu dalam ceramahnya di Tasek Gelugor 21 Ogos lepas yang menyifatkan Kompeni Ke-4 Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang Bukit Kepong sehingga mengorbankan 25 perajurit dan keluarga mereka pada 1950 sebagai wira atas alasan mangsa yang terkorban adalah polis penjajah British.

Sama ada isu Mat Sabu dan komunisnya itu telah selesai atau tidak, Mat Sabu telah berjaya membuktikan dirinya sebagai hero sebenar dalam Pakatan Pembangkang yang akan meruntuhkan Pakatan Pembangkang dalam PRU-13 yang ketika ini menjadi intipati utama PAS dan rakan pembangkangnya.

Terima kasih kepada Mat Sabu kerana telah berjaya menanam kebencian di kalangan majoriti rakyat Malaysia khususnya bekas-bekas pejuang negara. Ini membuktikan bahawa PAS sudah kekeringan isu sehingga menyebabkan Mat Sabu menimbulkan persepsi yang tidak baik kepada mereka yang tidak terlibat dalam politik pada masa kini seperti mana yang dirujuknya komunis sebagai hero negara. 
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger