SUNGAI TABUAN TERUS KOTOR: DAP SARAWAK LEPAS TANGAN



Penduduk Tabuan Dayak tentunya masih ingat bagaimana sepasukan DAP Kuching yang diketuai Pembantu Khas ADUN Kota Sentosa, Dr Tang Sie Hing yang telah mengadakan gotong-royong membersihkan Sungai Tabuan pada 12 Jun 2011. DAP Sarawak sebelum ini telah mengiktiraf Sungai Tabuan sebagai sungai paling kotor di Sarawak.

Ketika kerja gotong-royong diadakan, semua suratkhabar Cina tempatan dan nasioanal telah memaparkan aktiviti itu dihadapan akhbar masing-masing dan menjadikannya sebagai tajuk utama. Ini sekaligus telah memberikan publisiti percuma kepada DAP yang sememangnya menggunakan akhbar berbahasa Cina sebagai wadah mempromosikan DAP Sarawak.

DAP Kuching sebelum itu telah menyalahkan kerajaan tempatan dan beberapa agensi kerajaan yang dikatakan tidak menjalankan tugas dalam melakukan pembersihan. Hakikatnya, penduduk Kuching mengetahui bagaimana keadaan Sungai Tabuan itu yang telah beberapa kali dibersihkan, tetapi masih juga kotor disebabkan tiada kesedaran di kalangan penduduk yang tinggal di kawasan sekitarnya.

Kesanggupan DAP Kuching untuk menjalankan kerja-kerja gotong-royong pada 12 Jun lepas telah disambut baik oleh kerajaan tempatan dan penduduk terbabit. Dengan adanya inisiatif DAP Kuching ini sekurang-kurangnya keadaan Sungai Tabuan terpelihara.

Bagaimanapun, cita-cita DAP Kuching yang sebelum ini berjanji kepada penduduk di kawasan sekitarnya bahawa mereka akan menjadikan Sungai Tabuan sebagai sungai angkat kepada DAP dan akan sentiasa menjaga kebersihan sungai itu ternyata hanya angan-angan kosong atau lebih tepat lagi satu pembohongan. Janji yang diberikan kepada penduduk sebelum ini, iaitu selepas memenangi DUN Kota Sentosa ternyata hanya seketika dan janji tinggal janji. Kini Sungai Tabuan kembali kotor dan tiada pembelaan yang dilakukan DAP Kuching seperti mana yang dijanjikan sebelum ini.

Menyedari hakikat ini, ternyata DAP terus menjalankan sandiwara drama Cinanya yang terus menerus berbohong kepada rakyat. bagi memutarbelitkan fakta, DAP telah menyalahkan kerajaan tempatan dan agensi serta jabatan yang bertanggungjawab dalam menjaga kebersihan.

Ternyata kerja-kerja pembersihan Sungai Tabuan sebelum ini yang dilakukan DAP Kuching hanyalah bersikap seperti melepaskan batuk ditangga dan kemudian menyalahkan kerajaan. Inilah yang sentiasa dilakukan DAP setiap kali menjelang pilihan raya.

Petikan akhbar Utusan Borneo, 13 Jun 2011, Sungai Tabuan yang kotor akhirnya mendapat perhatian yang sepatutnya.


KUCHING: Penduduk Tabuan Dayak berterima kasih kerana Sungai Tabuan yang kotor akhirnya mendapat perhatian sepatutnya.

Seorang penduduk yang ditemui, Basil Daus, 19, berkata sungai tersebut selalu dicemari sampah-sarap serta bangkai haiwan yang mengeluarkan bau busuk terutama ketika air pasang.

“Nenek saya yang sudah 30 tahun tinggal di kawasan ini pernah sekali sekala termuntah ketika makan disebabkan bau busuk yang terlalu kuat,” katanya dengan nada yang kecewa.

Selain bau busuk yang meloyakan, Basil turut mengadu bahawa rumahnya dipenuhi lalat yang menghurungi sampah-sarap terutama ketika air pasang yang selalunya berlaku selepas jam 1 petang.

Justeru, beliau mencadangkan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) supaya memasang CCTV di jambatan yang merentasi sungai tersebut untuk memastikan orang ramai yang membuang sampah ke dalam sungai tersebut diambil tindakan yang sepatutnya.

“Dengan meletakkan CCTV, sekurang-kurangnya ada bukti untuk PBT menghukum orang ramai yang membuang sampah ke dalam sungai tersebut,” katanya.

Sementara itu, sekumpulan 30 orang sukarelawan yang diketuai oleh pembantu khas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa Chong Chieng Jen iaitu Dr Tang Sie Hing bertindak membersihkan sungai tersebut semalam.

Mereka terpaksa melakukan pada waktu tengah hari yang panas kerana menunggu air sungai tersebut pasang untuk memudahkan kerja-kerja memungut sampah.

Menurut Dr Tang, kempen membersihkan sungai tersebut bukan sahaja untuk membersihkan sungai tetapi untuk menimbulkan kesedaran tentang isu alam sekitar dan isu kesihatan yang boleh dibawa oleh sungai yang tercemar.

“Dalam masa dua minggu, kami akan membuat lawatan dari rumah ke rumah untuk mempromosikan kempen kami.

“Jika kami tidak bertindak pantas, Sungai Tabuan akan menjadi masalah besar kepada alam sekitar,” tambahnya.

Beliau turut berkata bahawa Sungai Tabuan merupakan sungai pertama untuk kempen kebersihan lebih banyak lagi sungai pada masa akan datang.

Sementara itu, Chong yang turut ditemui berkata, kerajaan harus menilai semula pembayaran RM10 juta kepada pihak Trienekens untuk pengurusan sampah.

Katanya, penduduk mendakwa bahawa sampah mereka tidak dikutip sehingga beberapa minggu membuatkan mereka tiada pilihan dan terpaksa membuang sampah ke dalam sungai.
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
March 22, 2012 at 11:13 AM

Inilah namanya hangat hangat tahi ayam.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger