PENYOKONG ANWAR IBRAHIM SEAKAN-AKAN TIDAK PERCAYA BUKTI TERBARU CCTV BERWARNA DI AMPANG APARTMEN



Tahniah bloggers kerana berjaya membongkar satu demi satu video seks Anwar Ibrahim yang ketika ini telah kerap kali dinafikan penyokong-penyokong Anwar Ibrahim dan Pakatan Pembangkang.

Menjadi kebiasaan Anwar Ibrahim akan cuba meraih simpati penyokong-penyokongnya sehingga mampu membuatkan dirinya seakan-akan dianiaya. Ini sekaligus membuatkan penyokong-penyokong Anwar Ibrahim membelanya secara membuta tuli. Akibatnya, Anwar Ibrahim yang enak merasai kesedapan seks manakala penyokongnya sibuk membela tanpa sebarang prasangka. Bodoh punya penyokong Anwar Ibrahim itu.

Pastinya, semalam ramai penyokong Anwar Ibrahim mengeluh dan tersedu seakan-akan tidak percaya bahawa individu bersama Dato’ Eskay dalam rakaman berwarna CCTV di Ampang Apartmen itu ialah Anwar Ibrahim. Ini disebabkan sebelum ini penyokong Anwar Ibrahim masih sangsi kerana video seks Anwar Ibrahim itu berwarna hitam dan putih.

Menjadi kelaziman bloggers yang menegakkan kebenaran sentiasa berpegang kepada fakta dan bukti. Untuk makluman rakyat Malaysia, rakaman CCTV berwarna yang ditayangkan semalam itu sememangnya TULEN di mana lokasi dan tarikhnya tercatat pada rakaman CCTV itu semasa Anwar Ibrahim melakukan seks bersama pelacur Cina.


Rakaman CCTV boleh digunakan sebagai bahan bukti seperti yang telah digunakan di mahkamah dalam perbicaraan terhadap Trio Datuk T yang didakwa di bawah Seksyen 292. Untuk itu, video seks Anwar Ibrahim boleh juga digunakan sebagai bahan bukti dalam perbicaraan Anwar Ibrahim yang melakukan seks bersama pelacur Cina.

Di pihak Anwar Ibrahim, penyokongnya seperti bloggers propembangkang yang kos operasinya dijana dengan modal RM150,000.00 sebulan tidak berupaya untuk menangkis penangan bloggers yang menegakkan kebenaran yang hanya bermodalkan laptop dan broadband yang dibeli sendiri tanpa sebarang penajaan.

Begitu juga portal milik Pakatan Pembangkang seperti Malaysiakini dan Malaysia Insider yang beroperasi dan penulisnya diberikan gaji bulanan tidak mampu membendung kebijaksanaan bloggers propembangkang yang bertindak atas prinsip-prinsip kebenaran. Sebaliknya, bloggers dan portal milik propembangkang hanya buat cerita fitnah dan pembohongan kepada rakyat dengan menterbalikkan cerita sebenar.

Untuk pengetahuan rakyat Malaysia terutama penyokong-penyokong Anwar Ibrahim dan Pakatan Pembangkang, perakam yang digunakan di dalam bilik Apartment tempat Anwar Ibrahim menikmati kesedapan seks bersama pelacur Cina itu berjenama ICATCH yang bermutu tinggi dan canggih. Ianya tidak dijual di Malaysia.


Disebabkan bermutu dan canggih, maka imej Anwar Ibrahim dalam video seks itu kelihatan jelas sehingga Azizah sendiri menafikan bahawa pelaku itu bukan suaminya disebabkan rupa perut yang dikatakan buncit juga sehinggakan cctv itu boleh merakam imej pelaku dan suasana walaupun dalam keadaan yang kurang cahaya.

Bertubi-tubi para blogger mengeluarkan kenyataan dalam blog masing masing bahawa pelaku dalam video tersebut adalah Anwar Ibrahim. Malah Dato’ Eskay juga turut bersumpah lakhnat menyatakan pelaku video tersebut adalah Anwar Ibrahim.

Mengapa sehingga kini Anwar Ibrahim masih lagi GAGAL melakukan tindakan SAMAN ke atas para blogger dan juga Dato’ Eskay sedangkan jelas kami nyatakan nama beliau Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video seks yang melakukan Aksi SEKS bersama Pelacur China.

Renung renungkanlah wahai rakyat Malaysia........
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
September 18, 2011 at 8:36 PM

suka hati hang la.... x apa, good try... tapi kena cuba lagi la..... x jd la......

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger