KOMPONEN BARISAN NASIONAL DIINGATKAN JANGAN SYOK SENDIRI



Desas-desus Pilihan Raya Umum Ke-13 semakin kencang bertiup walupun Perdana Menteri belum lagi berniat untuk membubarkan Parlimen. Di pihak pembangkang, mereka jelas telah kelihatan bersedia apabila telah menggerakkan jentera pilihan raya sebaik sahaja selepas Pilihan Raya DUN Sarawak atau lebih tepat lagi selepas tsunami politik 2008.

Cita-cita Pakatan Pembangkang untuk menggemparkan lagi tsunami politik atau lebih tepat lagi menawan kerajaan daripada terus dikuasai Barisan Nasional.

Perdana Menteri selaku Pengerusi Barisan Nasional sentiasa mengingatkan komponen-komponen BN di seluruh Malaysia supaya meningkatkan kerjasama dan memastikan masalah dalaman segera diselesaikan. Yang pasti, pilihan raya kali ini merupakan yang paling sengit dalam sejarah demokrasi negara selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 dan Pilihan Raya DUN Sarawak.

Dalam Rumah Terbuka BN Selangor minggu lepas, Perdana Menteri telah mengingatkan komponen BN di Selangor supaya jangan terlalu syok sendiri sehingga tidak memikirkan apa yang berlaku akan datang. Sebelum ini, komponen BN sering berpandukan laporan daripada jabatan dan agensi kerajaan untuk mendapatkan sokongan rakyat melalui program-program yang diadakan.

Harus diingat bahawa yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti bukanlah agensi/ jabatan kerajaan sebaliknya parti komponen BN.

Demikian juga ketika mengadakan program dan aktiviti. Janganlah syok sendiri sekiranya yang ramai datang itu adalah penyokong setia BN. Dalam setiap program anjuran agensi/ jabatan kerajaan seharusnya difokuskan terhadap pengundi atau penyokong atas pagar atau pihak lawan.

Untuk itu, setiap komponen BN diingatkan supaya bertindak dari sekarang dan selesaikan semua perkara dan masalah yang membelenggu parti. BN tidak mahu kalah hanya disebabkan masalah dalaman parti yang masih tiada kesudahan. Jangan hanya kalah nanti, masing-masing menunjukkan kesalahan orang lain sedangkan kesalahan diri tidak dilihat. 
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger