KEANGKUHAN MAT SABU BERCERAMAH DI NEGERI 9 UNDANG PADAH



Lepas satu, satu lagi kontroversi yang melanda Mat Sabu. Jika sebelum ini, beliau memperjuangkan komunis dan menafikan hak kepolisan semasa tragedi Bukit Kepong, kali ini sanggup melanggar peraturan yang telah ditetapkan kerajaan Negeri 9.

Berikuta itu, PERKASA Negeri 9 bercadang untuk mengadakan protes sekiranya Mat Sabu kembali mengadakan ceramah di negeri itu. Sambil menyifatkan Mat Sabu berceramah hanya dengan menabur fitnah dan mengucar-kacirkan negara sekoran kenyataan biadapnya terhadap sensitiviti rakyat Malaysia.

Mat Sabu menyifatkan dakwaan itu sebagai kebudak-budakkan dan menganggap ianya sebagai suatu tindakan yang melanggar demokrasi. Harus diingat, Negeri 9 adalah di bawah kekuasaan BN dan pemimpin Pakatan Pembangkang sewajarnya menghormati undang-undang negeri.



Dengan nada angkuh, Mat Sabu memaklumkan akan tetap mengadakan ceramah di Negeri 9 sekiranya beliau mendapat jemputan. Dijadualkan Mat Sabu akan berceramah di DUN Paroi pada 6 Oktober akan datang.

Sebelum ini, ceramah Mat Sabu di Ampangan, Seremban telah mengalami kekecohan akibat daripada perbuatan Mat Sabu yang tetap meneruskan ceramahnya mengenai perjuangan komunis sehingga menyebabkan ahli-ahli PERKASA naik angin.

Bagi mengelak kejadian yang tidak diingini, Mat Sabu akan memohon bantuan polis dalam menjaga keselamatannya ketika berceramah nanti. Secara jelas, kini baharulah Mat Sabu mengiktiraf tugas polis dalam menjaga keselamatan kerana sebelum ini banyak menyelar dan mengkritik polis dengan sebab-sebab yang mempunyai kepentingan politik.

Ternyata situasi terbaru di Negeri 9 ini mencetus kembali polemik terbaru Mat Sabu yang sebelum tenggelam sekejap ekoran peningkatan populariti Nik Aziz yang terkenal dengan hukum hududnya.

Yang pasti, apa saja tindakan Mat Sabu sebenrnya telah mengundang kemarahan rakyat Malaysia. Seharusnya, orang seperti Mat Sabu ini tidak layak duduk di Malaysia sebaliknya dihantar ke negara China yang mengamalkan idealogi komunis. 
Share this article :
 

+ comments + 3 comments

Anonymous
September 30, 2011 at 1:01 AM

Perkasa ni..... layak digelar "Pengganas UMNO" kerana bertindak ganas & brutal terhadap bangsa sendiri demi ideologi sempit perkauman UMNO mereka.......... terutama terhadap pemimpin/ahli2 PAS & PKR .....

Ceramah Anwar diganggu secara biadap di Melaka....
Mat sabu pulak di Negeri Sembilan.......
Anwar/ Mat sabu adalah pemimpin Melayu/Islam ... bergerak atas landasan demokrasi dan pentas terbuka... bukan gerakan subversif bersenjata ......... mengapa perlu dilayan secara BIADAB, GANAS & TIDAK BERTAMADUN ..... Jika terperasan, kamu yang paling cerdik & mulia, lawanlah secara beradab dan berhujjah, berdebat ........ bukan secara bertindak sumbang lagi jijik seperti siKitol....

September 30, 2011 at 1:24 AM

Mat Sabu n Anwar pemimpin Melayu/Islam???

Pegi jahanam lah dua ekor berok ni ????

Jangan nampak UMNO je , Aku rasa unit Amal PAS lagi Ganas dan dah lama ganas !!!

Ada ke puak puak Melayu yang sanggup guling atas jalan selain PAS?

Anonymous
October 2, 2011 at 1:03 AM

Whiteorange ni jenis manusia yang ada "ekor" jugak ke .. memberokkan orang lain tu..?????????

Mana peradaban, ketamadunan & kesusilaan Melayu? Telah hilang.. dek taksub kepada UMNO/BN?

Berjuang atas SEMANGAT KENEGERIAN atau TAKSUB UMNO/BN? Kalau atas Semangat Islam, OK, tapi jika tidak.... atas dasar assobiyyah ketaksuban duniawi UMNO ... Wahai Kenyalang, bahaya tuuuuuuuu.... dok subhat tegakkan kerajaan assobiyyah UMNO/BN.....

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger