ISU MAT SABU DAN MAT INDERA BUATKAN KES LIWAT ANWAR DITANGGUH?



Desas-desus mengatakan Anwar Ibrahim mahu menangguhkan lagi perbicaraan kes liwatnya yang berlangsung sebelum Hari Raya Aidilfitri kian tersebar luas angkara isu Mat Sabu memuja Mat Indera dan komunis.

Ketika ini, dunia penulisan dan politik di Malaysia banyak menceritakan dan mengungkit isu Mat Sabu yang memuja Mat Indera dan komunis ketika negara sedang dalam ‘mood’ menyambut Kemerdekaan Ke-54.

Susulan dengan itu, Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail dicabar supaya membuat kenyataan umum bagi menolak dakwaan serta penangguhan perbicaraan kes liwat membabitkan suaminya, Anwar Ibrahim, jika benar ingin mencari keadilan. 

Kegagalan pemimpin Pakatan Pembangkang menyatakan pendirian berhubung desas-desus peguambela Anwar Ibrahim mahu menangguhkan perbicaraan kes liwat berkenaan membuktikan pakatan itu sengaja mahu menjadikannya sebagai alat kempen politik bagi mengaburi mata rakyat.

Dalam mengekang penangguhan kes perbicaraan yang sedang berlangsung, Peguam Negara perlu mengambil tindakan tegas terhadap pemimpin pembangkang yang menghina mahkamah apabila menjadikan kes liwat berkenaan sebagai alat kempen politik serta cuba mengganggu proses perbicaraan.

Bagi meredakan ketegangan yang dilihat memihak kepada Anwar Ibrahim, Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, pemimpin DAP dan Wan Azizah sendiri diminta tampil membuat kenyataan umum menyatakan pendirian mereka bahawa tidak mahu ada gangguan terhadap perbicaraan kes liwat Anwar. 

Sekiranya mereka enggan berbuat demikian, nescaya mereka enggan berbuat demikian, bermakna mereka tahu apa yang Anwar lakukan dan dalam masa sama mereka sedar Anwar Ibrahim melakukan kesalahan. 

Perbicaraan yang dihadapi Anwar Ibrahim adalah kes jenayah dan bukannya politik. Persoalannya, kenapa perbicaraan kes ini tertangguh begitu lama? Adakah ia akan dijadikan sebagai alat politik bagi meraih sokongan.

Kehadiran isu Mat Sabu dan Mat Indera dilihat seperti dirancang Pakatan Pembangkang bagi membawa kes liwat Anwar Ibrahim ke satu lagi penangguhan. Hal ini seakan-akan satu 'wayang politik' yang diatur DAP bagi meraih sokongan politik. 

Bagi meyakinkan rakyat bahawa sistem kehakiman negara telus dan efektif, tindakan perlu diambil terhadap mana-mana pihak yang cuba mengganggu proses perbicaraan serta menghina mahkamah bagi memastikan sistem perundangan dan kehakiman dihormati. 

Apakah perbicaraan Anwar Ibrahim akan kembali tertangguh?
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger