APA SAJA TULISAN WARTAWAN MALAYSIAKINI, MAT INDERA TETAP KOMUNIS YANG MEMPERJUANGKAN KOMUNISME



Semenjak Mat Sabu dibelasah Utusan Malaysia dan bloggers pro-kerajaan dan bloggers jalanan yang berpegang kepada kebenaran ekoran kenyataan biadapnya dalam ceramah di Pulau Pinang Ogos lepas, editor dan wartawan Malaysiakini kerap kali menghasilkan artikel dan berita yang cuba memesongkan fakta sejarah.

Sekali imbas dan pembacaan hasil tulisan wartawan Malaysiakini pastinya ramai yang setuju dan tidak kurang juga yang mengiyakan sekiranya mereka ini tidak memahami dan mengetahui sejarah. Ternyata sentimen terbaru yang dibawa pemimpin Pakatan Pembangkang yang disokong Malaysiakini sangat bahaya bagi keperluan anak cucu cicit kita di masa hadapan.

Dalam hal ini, Persatuan Sejarah Malaysia dan beberapa pertubuhan dan persatuan berkaitan sejarah Malaysia sewajarnya bertindak di barisan hadapan bagi memberikan penjelasan kepada rakyat Malaysia yang kini telah terpengaruh dengan dakyah penipuan Pakatan Pembangkang bagi meracuni pemikiran rakyat Malaysia.


Bagi wartawan Malaysiakini, peranan utama mereka pastinya mengukuhkan dakwaan dan kenyataan Mat Sabu bahawa Mat Indera itu pejuang kemerdekaan dan hero dalam tragedi Bukit Kepong.

Kenapa hal ini boleh berlaku semasa negara sedang menghadapi kemerdekaan yang ke-54? Jawapannya, PAS dan Mat Sabu telah kekeringan isu sehingga terpaksa membuat dan menimbulkan isu yang boleh menjejaskan minda rakyat.

Dalam hal memesongkan pemikiran rakyat Malaysia, Mat Sabu dan Malaysiakini telah berjaya, tetapi tidak bagi rakyat Malaysia yang memahami dan mengetahui sejarah Bukit Kepong. Demikian juga, persoalan apakah Mat Indera itu sebagai seorang pejuang atau pengganas dalam tragedi Bukit Kepong?

Mat Sabu sewajarnya harus bertaubat dan kembali ke pangkal jalan supaya rakyat Malaysia termasuk cucu-cicit mereka tidak terpesong daripada fakta sejarah sebenar hasil daripada perbuatan bapa-bapa mereka dalam Pakatan Pembangkang.

Adalah menjadi peranan Malaysiakini yang sentiasa memesongkan fakta dan mencetuskan propaganda Pakatan Pembangkang bagi tujuan kepentingan politik mereka. Bagi rakyat Malaysia yang memahami dan mengetahui sejarah, perbuatan Mat Sabu itu tidak boleh dimaafkan bahkan Mat Sabu sewajarnya menerima hukuman setimpal kerana cuba mengubah sejarah yang telah terpahat sekian lama dalam sanubari mangsa-mangsa kekejaman pengganas yang bergelar KOMUNIS.  
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger