WAN AZIZAH PASRAH ANWAR IBRAHIM PELAKON DALAM VIDEO SEKS ITU



Walaupun hati kecilnya berkata, Anwar Ibrahim pelakon dalam video seks itu namun atas sebab kepentingan politik Wan Azizah terpaksa menurut dan mengikut telenjuk suaminya itu.

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail yakin bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak terlibat dalam skandal seks walaupun serangan demi serangan melibatkan dakwaan seperti itu dilancarkan ke atas ketua umum parti itu.

“Apabila saya melihatnya, (saya berkata kepada diri saya sendiri) mustahil bahawa dia boleh berbuat begini”.

Persoalan yang dilontarkan Wan Azizah menggambarkan dirinya sangsi bahawa pelaku dalam video itu bukan Anwar Ibrahim. Secara jelas, pelaku dalam video itu adalah Anwar Ibrahim berdasarkan ciri-ciri fizikal dan logik akal.

Dalam pada itu, Wan Azizah juga khuatir sekiranya masyarakat umum mempercayai video seks yang kini menjadi lialibiti kepada Pakatan Pembangkang. Berteraskan aspek moral ternyata terdapat beberapa pemimpin dan ahli Pakatan Pembangkang cenderung menunding jari kepada Anwar Ibrahim di atas punca kemerosotan sokongan terhadap PKR dan Pakatan Pembangkang.

"Saya takut jika ia kelihatan tulen, orang akan percaya. Penipuan boleh dipercayai. Bagi saya itu satu tragedi”.

“Bagi kita orang Islam, percaya kepada fitnah ialah satu dosa besar. Bukan saja anda akan dihukum tapi juga anak anda dan generasi selepas itu," kata Wan Azizah.

Ternyata Wan Azizah mempercayai bahawa memFITNAH itu berdosa, tetapi kenapa tidak melihat kepada diri sendiri akan dosa itu sekiranya mengetahui fitnah itu berdosa? Sepanjang menjawat jawatan Presiden PKR, Wan Azizah sudah banyak kali memfitnah bahkan memburukkan orang lain semasa berceramah khususnya kempen Pilihan Raya DUN Sarawak Ke-10 lagi.

Apakah tidak berdosa sekiranya seseorang (ahli PKR) memfitnah isteri Perdana Menteri denngan memiliki cincin berlian bernilai jutaan ringgit walaupun disangkal sepenuhnya empunya diri?

Wan Azizah mengesyaki sesuatu yang tidak kena apabila mengetahui mengenai tayangan video seks yang dijalankan oleh trio 'Datuk T' – ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur.

Dalam kes video itu, menurut Wan Azizah keluarganya sentiasa akan terus melawan.

"Jadi ini menyebabkan kami ingin melawannya (dengan lebih kuat). Tiada keluarga lain yang mahu melalui perkara ini”.

"Ianya satu keaiban kepada maruah. Itu suami saya yang anda perkatakan. Ianya maruah keluarga. Kami bersama (dalam isu ini)," katanya.

Wan Azizah turut mempertikaikan hujah yang dikemukakan oleh peguam kepada Rahim, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah bahawa individu di dalam video berkenaan adalah 99.99 peratus Anwar. Siapakah pakar yang membuat pengesahan itu?

Menurut Wan Azizah lagi, “saya boleh tengok sekilas pandang dan kenal pasti perbezaannya. Ini perbicaraan di media," katanya lagi”.

Wan Azizah juga turut mengakui bahawa salah seorang tertuduh dalam video seks berkenaan – Shazryl Eskay merupakan kenalan kepada keluarganya.

"Kita kenal dia sebab dia diperkenalkan (sebagai seorang tukang urut) apabila Anwar terjatuh dari atas seekor kuda (sekitar tahun 1990) dan mengalami (sakit) belakang. Dia datang sekali sekala”.

Kenyataan di atas secara langsung menafikan dakwaan Anwar Ibrahim sebelum ini bahawa dia dan keluarganya tidak mengenali Shazryl Eskay malah tidak juga tahu agamanya (Lihat Kantoi)

Ternyata dalam kes video ini, Wan Azizah tersepit antara kebatilan dan kezahiran dalam meneruskan legasi hidupnya sebagai seorang isteri kepada Anwar Ibrahim. Mungkin Wan Azizah tidak kisah terhadap jawatannya sebagai Presiden PKR andai itu adalah hutang yang perlu dibayar sekiranya beliau mengiyakan pelaku dalam video seks itu, tetapi tidak kepada keluarganya terutama anak-anak.

Emak mana yang tidak sayangkan anak-anaknya walaupun terpaksa mengorbankan dirinya sendiri. Itulah yang terjadi ke atas Wan Azizah. 
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Meluat
August 19, 2011 at 8:10 AM

Anuar banyak simpan rahsia azizah...habih camne?

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger