USAHA PAKATAN PEMBANGKANG MEMURTADKAN ORANG ISLAM DI SELANGOR




Pemeriksaan JAIS di Bangunan DUMC @ Geraja Methodist dibuat berlandaskan aduan orang ramai yang menyatakan terdapat orang-orang Islam yang mengikut majlis keagamaan itu. Hakikatnya ini benar kerana setelah diperiksa didapati seramai 12 orang Islam berada di dalam majlis itu yang kebanyakannya adalah wanita.

Kenapa perlu ada umat Islam di majlis keagamaan Kristian? Pastinya ada sesuatu yang terselindung di sebalik majlis itu. Penganjur majlis sebelum ini menafikan itu merupakan majlis agama dalam usahanya berselindung di sebalik kehadiran orang Islam.


Difahamkan juga terdapat aktiviti seperti memberikan kitab Bible berbahasa Melayu kepada orang Islam dalam majlis itu di samping memberikan soalan-soalan yang memperlekehkan agama Islam. Apakah motif sebenar penganjur majlis itu terhadap umat Islam?

Menyentuh mengenai kepentingan umat Islam di Selangor, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah telah mengingatkan Anggota Jawatankuasa Masjid di negeri itu agar sentiasa peka dengan perkembangan ajaran sesat yang boleh memesongkan akidah umat Islam.

Baginda bertitah, jika terdapat perkara yang mencurigakan, ia hendaklah dilaporkan segera kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk tindakan lanjut.

"Beta tidak mahu unsur-unsur ajaran sesat ini berlaku dan berkembang di negeri ini," titah baginda”.

Dalam merungkai persoalan ini, banyak persoalan yang telah dikemukakan memandangkan jawapan yang diberikan penganjur majlis itu seolah-olah cuba berselindung di sebalik kenyataan yang sebenar.

Pertama, mengapa penganjur menyatakan majlis tersebut adalah majlis berbuka puasa tetapi penganjur pada awalnya menafikan kehadiran orang Islam dalam majlis tersebut dan dalam aturcara program jelas mencatatkan bahawa majlis itu ialah "Thanks Giving Dinner" yang jelas berunsurkan Kristian?

Kedua, mengapa hanya orang Islam yang dijemput khas telah hadir ke majlis tersebut dan ia dibuat secara tertutup di gereja yang turut dihadiri bukan Islam?

Ketiga, mengapa bunga manggar diletakkan di pintu masuk dewan?

Keempat, mengapa jemputan yang hadir memakai baju Melayu, kurung dan kebaya?

Kelima, mengapa terdapat 3 orang Islam cuba melarikan melalui pintu belakang?

Keenam, mengapa wujud nyanyian lagu ALHAMDULILLAH dan ALLAH AKBAR dalam aturcara program?

Ketujuh, mengapa soalan kuiz tentang Islam diberi kepada hadirin?

Kelapan, mengapa dan bagaimana kertas soalan kuiz tentang Islam dijumpai dikoyak dan dibuang ke dalam tong sampah di dalam dewan?

Kesembilan, mengapa majlis tersebut diadakan di gereja yang jelas ada unsur-unsur penarikan?

Kesepuluh, mengapa penganjur beria-ia cuba menipu penguatkuasa JAIS dan polis tentang program dan kehadiran orang Melayu/ Islam?

Apakah kita sebagai umat Islam sanggup bersekongkol dalam hendak menjahanamkan agama Islam ini di Malaysia?

Persoalan-persoalan di atas seharusnya juga dijawab Menteri Besar Selangor yang bertanggungjawab mengepali pentadbiran Selangor.

Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim boleh merujuk kepada Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang atau Timbalan Presiden PAS, Mohd Sabu atau Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat untuk mendapatkan petunjuk sebelum memberikan jawapan supaya tidak bertentangan dengan pendirian DAP dan PKR. 
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger