SELANGOR GUNAKAN DANA RAKYAT UNTUK BANTAH SPR



Ketika Pakatan Pembangkang sibuk mencari kesalahan SPR dalam daftar pengundi yang didakwa mereka sebagai ‘sesuatu yang pelik’, tindakan Kerajaan Selangor yang  menggunakan dana rakyat untuk tujuan politik apabila menyediakan geran bagi membiayai usaha memfailkan bantahan daftar pengundi baharu kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Walaupun tindakan itu bertentangan dengan urus tadbir negeri, kerana secara lazimnya kos membuat bantahan terhadap senarai daftar pemilih ditanggung oleh parti-parti politik yang terlibat namun ianya ‘halal’ ketika pentadbiran Pakatan Pembangkang. Ia mempunyai kaitan dalam usaha kerajaan Selangor untuk menjamin kemenangan dalam pilihan raya umum akan datang.


Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagaimanapun menjelaskan, geran berjumlah kira-kira RM1 juta adalah terbuka kepada orang ramai tanpa mengira kaum, agama dan kecenderungan parti politik.

Selangor menjadi kerajaan negeri yang pertama yang berbuat sedemikian memandangkan tergugatnya sokongan rakyat terhadap pemerintahan Pakatan Pembangkang. Atas alasan mahu membawa hak rakyat secara adil, tindakan Kerajaan Selangor menggunakan dana rakyat bagi tujuan itu disifatkan sebagai membazir dan menyalahgunakan wang rakyat. ini pastinya akan mengundang kemarahan rakyat.

Dengan wang RM1 juta itu boleh digunakan untuk tujuan kebajikan dalam membantu keluarga-keluarga miskin di Selangor, tindakan Kerajaan Selangor itu disifatkan melebih kepentingan politik berbanding kebajikan rakyatnya.

Andai kaedah ini berjaya, adalah tidak mustahil Kerajaan Pulau Pinang, Kelantan dan Kedah akan mengikut jejak yang sama bagi memastikan kerajaan-kerajaan negeri di bawah pentadbiran Pakatan Pembangkang akan dapat dikekalkan.

Inilah pentadbiran Pakatan Pembangkang yang sangat mementingkan politik sehingga kebajikan masyarakat yang sepatutnya menjadi tumpuan utama diabaikan. Dengan kempen Pakatan Pembangkang yang menjurus hampir setiap hari atau 365 hari dalam setahun dan pelbagai usaha lain yang mengaburi mata rakyat telah menjadikan kerajaan negeri Pakatan Pembangkang sentiasa sibuk dengan aktiviti politiknya.

Tindakan kerajaan Pakatan Pembangkang itu telah menjadikan rakyat sebagai mangsa politik.   
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger