PKR PERSENDAKAN BULAN RAMADAN DENGAN ADAKAN ‘JEMPUTAN MUNAJAT RAKYAT’




22 OGOS 2011, Isnin, semua masyarakat dunia sedang menunggu apakah bentuk hukuman yang akan dikenakan ke atas tokoh liwat, Anwar Ibrahim? Setelah sekian lama ditangguhkan dengan hakim yang mengendalikan kes liwat Anwar Ibrahim itu bosan dengan jumlah penangguhan yang tidak terkira telah menyebabkan Datuk Zabidin Md Diah menetapkan tarikh di atas sebagai penentu kepada kes itu.

Bertepatan dengan bulan baik Ramadan al-Mubarak, jatuhnya hukuman ke atas Anwar Ibrahim adalah bersandarkan kepada perbuatannya yang disifatkan melebihi seekor binatang.

Kemunculan eksklusif Mohd Saiful Bukhari Azlan dalam slot Berita Utama di TV3 pada 16 dan 17 Ogos lalu telah mengejutkan ‘seekor naga’ dari tidur. Manakan tidak, sebelum ini Anwar Ibrahim, pelaku dalam kes liwat itu mudah bergerak bebas manakala peguambelanya asyik memberikan bayangan bahawa anak guamnya tidak bersalah kerana tidak cukup bukti atau bukti yang diberikan boleh dipertikaikan.

Hanya disebabkan kemunculan Saiful Bukhari Azlan di TV3 telah juga membuatkan peguambela kepada Anwar Ibrahim, Karpal Singh melenting dan hampir hilang akal. Nampaknya penangan Saiful benar-benar membuatkan Karpal Singh hilang arah walapun diketahui peguambela itu bukan calang-calang orang kerana mampu membuatkan seseorang pesalah itu terlepas daripada hukuman dek kerana lidah bercabangnya.

Sambil menegah dan menyatakan kemunculan Saiful di TV3 boleh dipertikaikan kerana kes liwat itu masih dalam prosidang mahkamah dan sedang dibicarakan, Karpal Singh seakan-akan tidak mampu berbuat apa-apa walaupun mulutnya dikatakan mahu mahkamah mengambil tindakan undang-undang ke atas Saiful. Apakah ini disebabkan kemuliaan bulan Ramadan yang pastinya mempunyai jutaan kelebihan khususnya dalam melindungi seseorang yang telah dianiayai?

Disebabkan tarikh 22 Ogos 2011 itu, PKR telah dipaksa untuk mengadakan solat hajat selepas tarawih bagi ‘menolak bala’ yang akan dihadapi Anwar Ibrahim di mahkamah nanti. Rasanya ini solat hajat yang ke berapa dilakukan PKR dalam kes liwat Anwar Ibrahim ini?


Apakah solat hajat PKR itu akan memihak kepada Anwar Ibrahim atau memberik kelebihan kepada Saiful Bukhari? Allah s.w.t tidak akan melindungi mereka-mereka yang berbuat kejahatan dan kemungkaran sebaliknya akan melindungi mereka-mereka yang menjadi mangsa kepada kejahatan dan kemungkaran. 
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
August 21, 2011 at 9:38 AM

hentam saja lah belalang

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger