PERHIMPUNAN MoCS HUJUNG MINGGU INI HARAM DAN MENGOTORI KESUCIAN BULAN RAMADHAN!




Rakyat Sarawak terkenal dengan sikap masyarakatnya yang hidup aman dan tenteram walaupun mempunyai pelbagai kaum dan suku kaum. Namun begitu, sejak kebelakangan ini keharmonian kehidupan rakyat Sarawak telah tidak seperti dahulu lagi yang mana terdapat kemasukan unsur-unsur negatif yang dibawa Pakatan Pembangkang dan NGO’s propembangkang ke Sarawak. Ini secara langsung  telah mengubah corak kehidupan mereka. Namun, dipercayai rakyat Sarawak masih berpegang kepada ajaran datuk nenek moyang mereka bahawa kehidupan yang harmoni adalah berteraskan kepada kepercayaan semua kaum.

Pada 9 Julai 2011, negara telah dimalukan oleh pengikut-pengikut BERSIH 2.0 yang sebenarnya adalah KOTOR dan HARAM. Ini disebabkan tingkahlaku mereka bukan sahaja telah memalukan negara di peringkat antarabangsa bahkan telah banyak merugikan peniaga-peniaga dan pemandu teksi serta melumpuhkan industri pelancongan. Sikap dan pemikiran pengikut-pengikut BERSIH 2.0 itu sememangnya dianggap sebagai cetek dan sempit kerana tidak memikirkan kesan ke atas negara dan masyarakat.

Namun begitu, sebuah pertubuhan haram NGO yang mahu dinamakan sebagai MoCS telah merancang mengadakan satu perhimpunan haram yang bertemakan Walk for Democratic Reform pada hujung minggu ini. Mengambil kesempatan mahu menebus kegagalan Perhimpunan Haram BERSIH 2.0 tempoh hari yang dianggap gagal oleh S. Ambiga.

Penganjuran perhimpunan haram itu diketuai Francis Siah yang merupakan ahli PKR Sarawak yang telah tidak dicalonkan pada Pilihan Raya DUN Sarawak tempoh hari. Akibat rasa terkilan kerana tidak dicalonkan dan Pakatan Pembangkang tidak berjaya memenangi kerusi 2/3, Francis Siah mengambil keputusan untuk mengadakan perhimpunan haram.

Ekoran sikapnya yang tidak menyukai Pehin Sri Taib Mahmud, Francis Siah mengambil keputusan memberi kata dua kepada Ketua Menteri Sarawak untuk berundur. Namun, tidak semua ahli-ahli Pakatan Pembangkang dan orang ramai yang bersetuju dengan Francis Siah kerana telah termaktub sebelum ini bahawa Ketua Menteri Sarawak itu akan berundur dalam tempoh pertengahan penggal.

Disebabkan kegagalan mendapatkan sokongan rakyat tempatan Sarawak, Francis Siah telah menyembah S. Ambiga untuk mendapatkan sokongan daripada perkumpulan BERSIH 2.0 di Kuala Lumpur. Menjadi kebiasaan, S. Ambiga yang mempunyai sejarah hitam di Sarawak apabila beliau tidak dibenarkan masuk dan ditahan sebelum dihantar pulang ke Kuala Lumpur telah bersetuju untuk menyokong Francis Siah. Disebabkan sokongan itu, Francis Siah tetap meneruskan niatnya untuk mengadakan perhimpunan haram dengan menukar temanya iaitu, Walk for Democratic Reform.


Penukaran tema ini juga mempunyai kaitan untuk mendapatkan permit. Bagi mengelak mendatangkan ketidakpercayaan rakyat Sarawak, Francis Siah telah menggunakan media baru untuk memesongkan pemikiran rakyat dengan menyatakan polis membenarkan MoCS mengadakan perhimpunan berasaskan kepada 2 syarat. Dalam pada itu, polis menafikan sekeras-kerasnya kenyataan Francis Siah itu yang disifatkan sebagai pembohong dan tidak benar sama sekali. Sehingga hari ini, polis masih tidak lagi memberikan permit kepada MoCS untuk mengadakan sebarang perhimpunan.

Apa yang pasti, tindakan MoCS itu dilihat telah membelakangkan suara majoriti rakyat Sarawak dalam Pilihan Raya DUN Sarawak Ke-10 tempoh hari yang terus memberikan mandat kepada BN untuk memerintah Sarawak. Pastinya, rakyat Sarawak tidak akan terikut-ikut kepada corak dan pendekatan parti-parti dalam Pakatan Pembangkang yang negatif dan hanya mahu melihat Sarawak kucar-kacir dan hancur. 
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger