PEMIMPIN PAKATAN PEMBANGKANG BERI AMARAN KEPADA MBPJ JANGAN SITA GEREJA METHODSIT DI DUMC


Sebelum ini pemimpin Pakatan Pembangkang sedang asyik menemplak UMNO dan BN kononnya mencampuri urusan di Selangor. Hakikatnya, apa yang berlaku di Selangor adalah mempunyai kaitan kepada seluruh umat Islam di Malaysia mahupun di dunia.

Sikap Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor sangat mengecewakan dalam menyelesaikan kemelut hal ini. Ternyata Khalid Ibrahim GAGAL mentadbir Selangor dan lebih banyak dibayangi pemimpin DAP dan PKR.

Terbaru, seperti yang didedahkan PapaGomo yang mendakwa pemimpin Pakatan Pembangkang telah mencampuri urusan menyita DUMC. Ini bukan fitnah mahupun usaha menjatuhkan pemimpin Pakatan Pembangkang sebaliknya ia nyata dan fakta serta disertakan dengan BUKTI dokumen.


Satu operasi yang melibatkan MBPJ dan polis akan dilakukan bagi menyita Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) Seksyen 13, Petaling Jaya (DUMC) yang dijadualkan pada Khamis. Bagaimanapun, operasi ini terpaksa diBATALKAN disebabkan campurtangan pemimpin DAP sehingga menyebabkan kakitangan dan pegawai MBPJ kebingungan.


Atas arahan Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim dan campurtangan pemimpin DAP satu arahan telah dikeluarkan supaya MBPJ membatalkan operasi tersebut. Ini amat mendukacitakan kerana secara langsung telah menghalang tugas-tugas penjawat awam. Dalam pada itu, Khalid Ibrahim mengetahui bahawa DUMC itu merupakan sebuah Dewan Komuniti dan bukan gereja seperti mana yang dimaklumkan Kerajaan Selangor sebelum ini.

Laporan Malaysiakini dan The Malaysian Insider yang bermati-matian menafikan operasi menyita DUMC itu akan dilakukan pada Khamis lalu dan bagaimana MBPJ ditekan apabila kenyataan:

Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menafikan pihaknya mahu menjalankan operasi menyita premis Gereja Methodist Damansara Utama dekat Petaling Jaya atas dakwaan ia tidak pernah diluluskan sebagai rumah ibadat. Sambil mengakui premis itu tidak pernah diluluskan, Timbalan Datuk Bandar MBPJ Puasa Md Taib berkata, pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan agar menyita Gereja Methodist Damansara Utama.
Petikan The Malaysian Insider

Timbalan Datuk Bandar dalam kenyataannya juga secara jelas dan nyata menyatakan bahawa Bangunan DUMC tersebut tidak pernah diluluskan oleh MBPJ. Jika sudah jelas melanggar undang undang kerajaan tempatan, mengapa MBPJ tidak mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas bangunan tersebut?

Apakah tidak jelas kepada kita semua bahawa tangan tangan Ghaib yang tertera pada dokumen tersebut sudah melakukan salahguna kuasa dengan mengancam MBPJ? Seharusnya SPRM masuk campur dan buat siasatan berhubung campurtangan pemimpin Pakatan Pembangkang dalam kerajaan tempatan.

Laporan yang dikeluarkan buat tatapan umum ini bukanlah satu rekaan semata mata kerana semua orang bercakap atas yang HAK demi KEBENARAN dan KEADILAN buat umat Islam yang semakin hari semakin ditipu oleh golongan kafir dan sesetengah pemimpin Melayu yang gilakan kuasa dan undi politik.


JAIS hanya menjalankan tugas dengan berdasarkan laporan daripada pengadu dan apabila siasatan dibuat jelas membuktikan memang benar akan aduan tersebut mengenai upacara Memurtadkan umat Islam di dalam DUMC.

Kerajaan Selangor pimpinan Pakatan Pembangkang seharusnya sedar bahawa Selangor mempunyai Raja Melayu yang mana merupakan Ketua Agama. Tindakan Kerajaan Pakatan Pembangkang Selangor DAP, PAS dan PKR yang bertindak membelakangkan Islam dan tindakan Menteri Besarnya yang beragama tunduk pada desakan DAP jelas satu perbuatan biadap dan pengecut.

Secara nyata, pentadbiran Selangor kini perlu dibersihkan berikutan terdapat banyak campur tangan dan usaha mencampuri urusan yang berkepentingan. Perbicaraan kematian Teoh Beng Hock dalam Suruhanjaya DiRaja membuktikan banyak campur tangan pemimpin Pakatan Pembangkang ke dalam projek-projek sehingga menyebabkan mereka yang bekerja dengan ADUN Pembangkang berada dalam tekanan kerana terpaksa tutup mulut dalam usaha menyelamatkan bosnya itu.

Bagaimana cara untuk membersihkan Kerajaan Selangor sekarang? Semuanya boleh terjawab dalam PRU-13. Ketika ini sekiranya SPRM membuat siasatan segala perbuatannya tidak akan ke mana. 
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger