PEMIMPIN MELAYU PAKATAN PEMBANGKANG SELANGOR BONEKA DAP DAN PKR



Masihkah anda ingat bekas Menteri Besar Perak selama 6 bulan, Nizar Jamaluddin yang secara terang menjadi boneka terhormat pemimpin DAP. Itu cerita lama yang mana Nizar terpaksa mengikut telunjuk pemimpin DAP dalam membuat sebarang keputusan berkaitan negeri Perak.

Walaupun telah lama berlalu, versi Nizar ini telah menular ke Selangor pula apabila Menteri Besarnya Khalid Ibrahim pula menjadi boneka atau lebih tepat lagi lembu cucuk hidung DAP. Serbuan JAIS di Gereja Methodist pada Rabu lepas menjadi isu hangat di Selangor yang mana Khalid Ibrahim telah mengeluarkan arahan supaya setiap Exco dan pemimpin Pakatan Pembangkang ‘tidak dibenarkan’ membuat sebarang kenyataan berhubung isu itu.

Arahan ini dikeluarkan berikutan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohd. Ali sebelum ini telah mengeluarkan kenyataan dengan menyokong tindakan JAIS menyerbu gereja itu kerana dihadiri beberapa orang Islam yang dipercayai mempunyai unsur mengkristiankan orang Islam.

Kenyataan Datuk Dr. Hasan Mohd. Ali itu telah mendapat tentangan daripada pemimpin bukan Islam dalam Kabinet Selangor yang kebanyakannya dianggotai bukan Islam. Kelantangan Dr Hassan Ali dalam menegakkan syiar Islam sewajarnya disokong pemimpin Melayu Pakatan Pembangkang, tetapi berlaku sebaliknya. Hanya Dr Hassan Ali sahaja yang berbuat demikian manakala pemimpin Melayu Pakatan Pembangkang lain mengambil jalan selamat dengan menyokong arahan Khalid Ibrahim dan memperlekehkan tindakan JAIS.

Beberapa pemimpin PKR, DAP dan PAS sebelum ini turut membidas Dr Hasan yang mempertahankan tindakan JAIS itu.

Menyentuh mengenai kedudukan Dr Hassan Ali selepas isu ini kerana membelakangkan Pakatan Pembangkang, dipercayai tindakan tatatertib akan dikenakan Khalid Ibrahim setelah mendapat arahan daripada DAP untuk memecatnya daripada menganggotai kabinet negeri. Ini akan berkemungkinan berlaku memandangkan tindakan Dr Hassan Ali sejak kebelakangan ini sentiasa bertentangan dengan dasar Pakatan Pembangkang khususnya yang membabitkan orang Islam di Selangor.


Selain Dr Hassan Ali, sembilan lagi yang menduduki jawatan Exco Kerajaan Selangor iaitu Teresa Kok (DAP), Yaakob Sapari (PKR), Rodziah Ismail (PKR), Dr. Xavier Jayakumar (PKR), Dr. Halimah Ali (PAS), Iskandar Abdul Samad (PAS), Ronnie Liu (DAP), Elizabeth Wong (PKR) dan Ean Yong Hian Wah (DAP).

Dalam semua Exco itu, dikatakan Teresa Kok, Dr. Xavier, Ronnie Liu dan Elizabeth Wong adalah antara mereka yang sering menentang Dr. Hasan Ali.

Ditanya andai dirinya akan dipecat daripada Kabinet Selangor, Dr Hassan Ali menyatakan:

"Saya sanggup melakukan apa sahaja termasuk menerima kenyataan jika saya diminta melepaskan jawatan sebagai Exco Kerajaan Negeri dan apa-apa jawatan sekali pun demi memperjuangkan apa yang saya yakin dapat membantu umat Islam, khususnya di negeri Selangor."

Menurut Dr Hassan Ali lagi, beliau tidak akan berkrompomi ke atas perkara yang melibatkan orang Islam di Selangor sebaliknya akan menggunakan segala jawatan dan kuasa yang ada untuk mempertahankan hak orang Islam. Malah beliau rela dipecat sekiranya tindakan beliau selama ini yang banyak mempertahankan orang Islam dinafikan Menteri Besar dan Pakatan Pembangkang lain.

"Jika sesiapa pun yang percayakan kepada soal keharmonian beragama, maka soal kesucian agama Islam tidak boleh diganggu-gugat sama sekali dan itulah yang saya perjuangkan, adakah itu salah?" katanya lagi.

Sebelum ini, Dr Hassan Ali telah diberikan amaran dan teguran berat oleh Jawatankuasa Disiplin Pas kerana membangkitkan mengenai soal penjualan arak di Shah Alam.

Perkembangan terbaru ini pastinya telah menggugat kesucian agama Islam di Selangor. Sepanjang pentadbiran Pakatan Pembangkang di Selangor, negeri itu tidak habis-habis mengundang pelabagai isu sehingga menyebabkan rakyat Selangor naik muak dengan kerenah dan pentadbiran Pakatan Pembangkang yang didakwa tidak cekap. Tumpuan pentadbiran lebih terarah kepada kepentingan politik dan kepentingan individu berbanding keperluan dan kebajikan rakyat. 
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger