PEMERIKSAAN JAIS: CAMPUR TANGAN POLITIK KUSUTKAN JALAN PENYELESAIAN




Tindakan JAIS ‘menyerbu’ Gereja Methodist pada awal bulan Ogos ini telah membolehkan isu ini menjadi mainan politik Pakatan Pembangkang. Seperti sedia maklum Pakatan Pembangkang telah mengambil kesempatan ini akibat perpecahan perpaduan di kalangan umat Islam di Malaysia yang disebabkan politik.

PAS salah satu parti Pakatan Pembangkang yang dikatakan memperjuangkan Islam di Malaysia berdasarkan nama Parti Islam SeMalaysia dikatakan sudah tidak lagi relevan. Jika sebelum ini parti itu sentiasa melaung-laungkan kepentingan dan permaufakatan dalam Islam, tetapi hari ini perjuangan PAS ternyata telah terkeluar daripada landasan kebenaran. Akibat desakan kepentingan politik, PAS sanggup menidakkan peranan JAIS dalam menjalankan tugasannya dalam memelihara kepentingan Islam sebaliknya bersengkongkol dengan DAP dan PKR untuk menyalahkan JAIS.

Serbuan JAIS di Gereja Methodist dilakukan setelah mendapat aduan berhubung terdapat beberapa umat Islam di dalam gereja itu dan difahamkan terdapat aktiviti keagamaan. Persoalannya, apakah yang dilakukan beberapa umat Islam di dalam gereja itu ketika sedang berlakunya aktiviti keagamaan? Atas sebab itu, JAIS datang secara aman untuk menyiasat dan melihat perkara yang berlaku dan bukannya seperti yang didakwa pemilik gereja dan Pakatan Pembangkang bahawa anggota JAIS melakukan kekasaran mahupun mengugut mereka.


Sepanjang 2 minggu ini, kes melibatkan gereja ini menjadi semakin kusut disebabkan campur tangan politik khususnya Pakatan Pembangkang. Sememangnya diakui tempat kejadian berlaku di Selangor dan diperintah Pakatan Pembangkang, namun tindakan mencampuri urusan JAIS dilihat sebagai suatu yang keterlaluan dan tidak sepatutnya berlaku.

Kenyataan bekas Pengerusi PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Ali sebelum ini menyokong tindakan JAIS mengadakan lawatan ke Gereja Methodist yang didakwa menganjurkan aktiviti itu adalah berlandaskan undang-undang Islam dan bukannya undang-undang politik Pakatan Pembangkang. Apakah sebenarnya pendirian PAS dalam hal ini sehingga terpaksa membuat mesyuarat khas bagi membincangkan kenyataan Datuk Dr Hassan Ali yang dikatakan bertentangan dengan pendirian sebenar PAS?

Terbaru, Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang telah melahirkan sokongan terhadap tindakan JAIS membuat pemeriksaan ke atas sebuah gereja di Damansara Utama kerana didakwa cuba menyebarkan agama Kristian kepada umat Islam dalam satu majlis pada 3 Ogos lalu.

Kira-kira 20 ahlinya yang diketuai Hafiz Nordin mengadakan perhimpunan secara aman di depan Masjid Simpang Enam di sini selepas solat Jumaat, satu tindakan yang dilihat bertentangan dengan pendirian pucuk pimpinan PAS Pusat.

Serbuan JAIS itu sebenarnya telah memperlihatkan kepada masyarakat khususnya rakyat di Selangor bahawa kerajaan Pakatan Pembangkang tidak pandai atau gagal dalam mentadbir Selangor. Tindakan Khalid Ibrahim yang mengarahkan semua Exco Selangor dan pemimpin negeri berdiam diri dilihat sebagai suatu yang bersifat penakut. Demikian juga perbuatan Khalid Ibrahim yang menghadap Sultan Selangor bagi tujuan memaklumkan serbuan JAIS ini walaupun beliau masih belum menerima laporan daripada JAIS berhubung pemeriksaan itu.


Usaha DAP dan PKR dalam mengeruhkan lagi hubungan persaudaraan Islam di antara pemimpin PAS dan UMNO juga menghampiri kejayaan dan berjaya mencapai objektifnya. PAS yang tersangat bergantung kepada kuasa dan keprihatinan DAP dan PKR terpaksa menerima hakikat bahawa PAS sekarang ini hanya menerima arahan daripada DAP. Berbeza dengan UMNO yang terpaksa menahan dan mempertahankan hak umat Islam selaku agama rasmi negara. Namun, usaha UMNO ini hanya dipandang sinis sebahagian umat Islam yang cenderung kepada tindakan PAS yang menerima arahan DAP.

Ini adalah hakikat dan bukannya bersifat politik. Lihat saja, pernahkah tindakan atau perbuatan UMNO selama ini yang berusaha memperjuangkan orang Melayu dan Islam disanjungi atau sekadar diberi penghargaan oleh PAS? Malah, setiap tindak tanduk UMNO terhadap orang Islam sangat dinantikan orang Melayu yang berasakan mereka selamat kerana kepentingan mereka dijaga, tetapi PAS mahupun PKR yang mempunyai pemimpin Melayu dan Islam lebih bersifat memberikan janji-janji manis kepada rakyat.

Rakyat Malaysia yang tinggal di negeri-negeri tadbiran Pakatan Pembangkang sangat kecewa ke atas kerajaan negeri yang sehingga kini masih belum menunaikan janji-janji PRU-12 lepas. Apakah janji-janji ini akan dibawa sebagai manifesto Pakatan Pembangkang untuk PRU-13? Jika begini keadaannya, ternyata rakyat Malaysia telah menjadi mangsa janji-janji manis. Ternyata juga Pakatan Pembangkang hanya mahukan kuasa dan bukannya mahu membantu rakyat.

Sehubungan itu, sedarlah rakyat Malaysia bahawa kini, setiap gerak-geri dan tingkahlaku berpaksikan politik walaupun hakikatnya ia boleh diselesaikan dengan cara yang mudah. Ambillah iktibar dalam kes di Gereja Methodist apabila tindakan Kerajaan Selangor dan Pakatan Pembangkang telah ‘memalukan’ umat Islam di mata masyarakat bukan Islam. JAIS tidak bersalah dalam hal ini kerana bertindak mengikut undang-undang dan sebaliknya tanggungjawab Menteri Besar Selangor ternyata serong dan terpesong kerana mengabaikan kepentingan agama Islam dan memuliakan hasrat Pakatan Pembangkang. 
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger