PAS TABUR FITNAH KONONNYA NAJIB DISABOTAJ AHLI UMNO SENDIRI



Kesudahan Perhimpunan Muktamar Agung PAS yang menyaksikan kumpulan ulama tewas teruk kepada kumpulan proAnwarisme dalam menjawat jawatan tertinggi PAS. Kekalahan kumpulan ulama menyebabkan ramai di kalangan ahli-ahli PAS yang berpaksikan ulama kecewa. Manakala, bagi kumpulan Anwarisme yang menang bergaya dalam pemilihan tertinggi PAS, akan mengetengahkan idea Anwarisme ke dalam PAS.

Berdasarkan kajian di kalangan ahli-ahli PAS di peringkat bawahan, kekalahan kumpulan ulama ini sangat merisaukan ahli-ahli PAS kerana selama ini mereka berpaksikan ulama. Kecenderungan kumpulan Anwarisme yang kerap mengetengahkan idea Anwar Ibrahim dalam pentadbiran PAS amat tidak disukai ahli-ahli PAS. Ini disebabkan pemikiran Anwar Ibrahim lebih bersifat ekstrim berbanding kumpulan ulama yang menggunakan pendekatan bermukadimah.

PAS dan Pakatan Pembangkang sangat takut akan pengaruh Daruk Seri Mohd Najib Razak dalam UMNO. Karektor dan sikapnya yang amat disegani rakyat Malaysia selaras dengan Gagasan 1Malaysia menjadi tarikan ke atas masyarakat pelbagai kaum.

Hari ini, bagi menumbangkan BN, Pakatan Pembangkang terpaksa membuat gerakan menggugurkan imej Najib Razak yang dilihat sebagai ejen bersih.

Setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata gerakan tersebut bagi
menjatuhkan Najib sebelum pilihan raya umum ke-13 kerana Presiden UMNO dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dilihat sebagai "liabiliti kepada BN".

Walaupun percaya kepada dakwaan itu, Mustaffa Ali keberatan untuk mengesahkan wujud 'gerakan' tersebut dan ianya "agak kuat".

"Ia bukan perang psikologi, tapi ia memang betul... Tunggu satu atau dua minggu lagi akan lebih nyata (kedudukannya)," katanya.

Dakwaan terbaru PAS ini bukanlah sesuatu yang asing kerana setiap pemimpin PAS akan cuba mencari jalan untuk menjatuhkan kepimpinan Najib Razak. 
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger