PAKATAN PEMBANGKANG SEMAKIN ANGKUH MAHU BOIKOT PILIHAN RAYA



Ketika kes liwat membela diri Anwar Ibrahim sedang diadakan, tertuduh sempat juga memberikan amaran kepada Perdana Menteri dan SPR dalam memberikan komitmen mereka berhubung pembaharuan pilihan raya, sebelum gabungan itu memutuskan sama ada untuk memboikot jawatankuasa khas parlimen berhubung isu itu.

Siapa mereka yang mahu memberikan amaran dan memboikot pilihan raya? Mengimbas kembali pilihan raya di Malaysia, SPR sebagai sebuah badan berkecuali yang menguruskan pilihan raya telah berjaya menjalankan tugasnya dengan baik sekali sehingga mendapat pengiktirafan daripada badan antarabangsa. Bagaimanapun, pengiktirafan itu tidak datangnya daripada Pakatan Pembangkang sebaliknya cemuhan yang diterima.

“Kita belum buat sebarang keputusan untuk memboikot tetapi menjelaskan bahawa kerajaan perlu menunjukkan niat baik dengan Suruhanjaya Pilihan Raya mengambil tindakan segera, dan PM menunjukkan beliau serius dengan menjamin pilihan raya hanya akan diadakan selepas SPR telah mengambil langkah sewajarnya”.

Anwar Ibrahim

Sebelum ini Perdana Menteri telah memberikan jaminan bahawa penubuhan Jawatankuasa Khas Parlimen bertujuan untuk proses penambahbaikan.

Dengan merujuk kepada tindakan BERSIH 2.0 yang sebelum ini mengadakan demontrasi yang kononnya membersihkan pilihan raya. Desakan BERSIH 2.0 itu yang bersifat tidak menghormati perlembagaan bagaimanapun tidak diterima rakyat atas kapasiti Malaysia mengamalkan demokrasi. Untuk itu, sebarang ketetapan hendaklah berlandaskan perlembagaan dan bukannya melalui tunjuk perasaan. 
Share this article :
 

+ comments + 3 comments

August 25, 2011 at 3:34 PM

haaaa... tak mau bertanding lagi bagus.. bagi BN menang 100% parlimen and 100% semua DUN.. bagus.. tak yah bertanding la PR.. boikot la sampai 40 tahun lagi...

Anonymous
August 25, 2011 at 3:51 PM

depa dah mula takut laa tuuu...dah takut dgn bayang2...kata nak negara demokrasi tapi takut pulak nk buat pilihanraya....depa nak takbir terus kott negeri yg depa menang tu demokari ada laa...chittt porahhh tuih

August 25, 2011 at 4:00 PM

baguss jugak idea tu....bn menang beso tak yah kempen langsung....he he selamat kite ....aku setuju 100% kalau nak boikot....

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger