PAKATAN PEMBANGKANG MAINKAN PERSEPSI BURUK TERHADAP POPULARITI PM NAJIB




Ketika rakyat Malaysia menerima kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, Pakatan Pembangkang masih memainkan persepsi ke atas kepimpinan Najib.

Atas sebab itu, Pakatan Pembangkang kini sedang cuba memanipulasi mainan politik ke atas kreadibiliti Najib. Mereka menganggap bahawa kepopularan Najib telah menjadikan rakyat Malaysia telah menerima kerajaan hari ini dan BN.

Merdeka Centre, sebuah badan banci bebas dan pusat penyelidikan pendapat yang berpihak dan berpangkalan dengan Pakatan Pembangkang sedaya upaya untuk cuba menjatuhkan kreadibiliti Najib bagi mengaburi rakyat Malaysia.

Tidak hairanlah laporan Merdeka Centre sejak akhir-akhir ini sering menjatuhkan kepopularan Najib. Merdeka Centre sebelum ini telah mengumumkan bahawa sokongan terhadap Najib itu merudum kepada paras terendah dalam tempoh hampir dua tahun.

Merudumnya sokongan Najib dikatakan akan mengikut jejak langkah Pak Lah, bekas Perdana Menteri sebelum ini telah memberi impak kepada kemerosotan BN dalam Pilihan Raya Umum Ke-12.

"Saya fikir Najib sedang memasuki fasa Pak Lah fasa. Perkara sama berulang, seperti semasa era Pak Lah".

Penganalisis Merdeka Centre dan Ahli Parlimen DAP Bukit Bendera, Liew Chin Tong.

Peningkatan mendadak kepopularan Najib sejak mengambilalih pentadbiran kerajaan dan Perdana Menteri telah mengganggugugat cita-cita Pakatan Pembangkang untuk merampas Putrajaya sebelum ini yang telah berjaya menampakkan kemajuan dalam PRU-12 dengan menakluk 4 negeri.

Anggapan Pakatan Pembangkang bahawa Pak Lah akan terus menerajui pentadbiran kerajaan selepas PRU-12 dan menjayakan rancangan mereka untuk menakluk Putrajaya disebabkan kelemahan kepimpinan Pak Lah ternyata meleset apabila peralihan kepimpinan jawatan Perdana Menteri telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya.

Pentadbiran Najib yang berteraskan Gagasan 1Malaysia pada awalnya mengundang persoalan di kalangan Pakatan Pembangkang. Ini kerana rancangan dan dasar yang cuba dibawa Najib dilihat sebagai suatu pendekatan yang sukar dicapai. Atas sebab itu, Pakatan Pembangkang cuba untuk menggunakan 1Malaysia sebagai dasar yang perlu diserang.

Bagaimanapun, sangkaan itu ternyata meleset apabila kepimpinan Najib bukan sahaja berjaya malah telah mengajak rakyat Malaysia melakukan transformasi bagi membawa Malaysia sebagai negara maju tahun 2020.

Pakatan Pembangkang tiada cara lain melainkan terus menyerang kepimpinan Najib yang ternyata sudah mula menarik minat rakyat Malaysia menyokong terus BN pada PRU-13 akan datang. 
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger