ORANG MELAYU PULAU PINANG BANGKIT TENTANG PEMERINTAHAN LIM GUAN ENG




Insiden membakar Pejabat DAP Pulau Pinang seharusnya tidak akan berlaku sekiranya Lim Guan Eng dan Exconya serta pemimpin Pakatan Pembangkang berlaku adil dan membuat keputusan yang berasaskan kepentingan bersama.

Tindakan Pejabat DAP Pulau Pinang dibakar itu sesuatu yang perlu Lim Guan Eng fikirkan sebabnya secara rasional tanpa melibatkan campur tangan politik. Dakwaan dan tuduhan Lim Guan Eng bahawa UMNO dan BN yang terlibat juga perlu bersandarkan bukti kukuh dan jangan hanya cakap ikut sedap mulut.

Lihatlah apa yang DAP dan Kerajaan Pakatan Pembangkang telah lakukan ke atas rakyat Pulau Pinang? Apakah keputusan dan tindakan mereka selama mengambilalih pentadbiran Pulau Pinang itu berjaya memuaskan hati rakyat Pulau Pinang? Inilah persoalan yang harus difikirkan Lim Guan Eng.

Sepanjang tempoh pentadbiran Pakatan Pembangkang sejak 8 Mac 2008 sehingga kini, rakyat Pulau Pinang khususnya orang Melayu berasakan mereka dipinggirkan berbanding kepentingan dan keperluan orang Cina.


Sikap diskriminasi pemimpin Kerajaan Pulau Pinang yang menidakkan orang Melayu dan India memperoleh ekonomi yang baik setidak-tidaknya sama rata dengan orang Cina juga dihalang. Ramai peniaga Melayu dan India terpaksa menutup perniagaan mereka dan menanggung ganti rugi yang banyak disebabkan sikap Kerajaan Pakatan Pembangkang di Pulau Pinang.

Begitu juga campur tangan politik Pakatan Pembangkang dalam hal ehwal agama di Pulau Pinang. Tindakan membawa masuk politik secara total dalam pemilihan AJK Masjid dilihat cubaan Kerajaan Pakatan Pembangkang untuk meresap politik kebencian dalam umat Islam di masjid-masjid. Selain usaha mengukuhkan politik Pakatan Pembangkang dengan meletakkan ‘orang-orang’ mereka dalam AJK Masjid, usaha untuk memecahbelahkan umat Islam juga menjadi objektif utama.

Kenapa cadangan pemilihan AJK Masjid melalui pengundian dan tidak dilakukan di Gereja mahupun di Kuil atau mana-mana rumah ibadat lain? Pastinya, agenda utamanya untuk memecahbelahkan umat Islam yang sedia maklum sangat tertarik dan suka bermain politik.


Sikap prejudis Kerajaan Pulau Pinang dalam mengagihkan peluang ekonomi yang saksama telah menyebabkan orang-orang Melayu telah memberikan isyarat bahawa mereka juga mempunyai hak di Pulau Pinang. Isyarat ini juga memberikan petanda jelas akan kedudukan dan masa depan Pakatan Pembangkang di Pulau Pinang khususnya Lim Guan Eng.

Adalah lebih baik Lim Guan Eng memikirkan ke mana lagi beliau akan bertanding dalam PRU-13 memandangkan rakyat Pulau Pinang sekarang ini secara terang-terangan menolak kepimpinan dan kehadiran Lim Guan Eng. Tindakan DAP mengimport Lim Guan Eng ke Pulau Pinang ternyata banyak memakan diri dengan sikap hipokritnya ke atas orang Melayu dan India yang menjadi dasar DAP untuk memakmurkan ekonomi dan kepentingan kaum Cina berlandaskan Malaysian Malaysia. 
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
August 20, 2011 at 1:24 AM

BEGITULAH KALO BANGSA KAFIR MEMERINTAH SOHEH ORG ISLAM KENA TINDAS...SOKONG LA BANGSA KAFIR..HIDUP ORG ISLAM PASTI MERANA..

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger