NGO’s SOKONG TINDAKAN JAIS SERBU GEREJA DAN BANTAH TINDAKAN KHALID IBRAHIM MINTA MAAF KEPADA GEREJA



Serbuan JAIS di Gereja Methodist telah mengundang kemarahan Khalid Ibrahim sehingga membuatkannya meminta maaf kepada pihak Gereja Methodist walaupun belum menerima laporan rasmi daripada JAIS.

Tindakan Khalid Ibrahim itu dipercayai mempunyai unsur-unsur politik dan desakan pemimpin bukan Islam yang berada dalam DAP dan PKR. Sebagai Menteri Besar boneka, Khalid Ibrahim terpaksa akur dengan arahan dan desakan Pakatan Pembangkang sekiranya mahu terus menjadi Menteri Besar.

Jawatan Menteri Besar Selangor menjadi rebutan sebelum ini dengan calon terdekat yang menjadi pilihan Pakatan Pembangkang pastinya Azmin Ali. Desas-desus ini membuatkan hubungan Khalid Ibrahim dan Azmin menjadi renggang. Perebutan jawatan Menteri Besar sangat diperlukan DAP kerana sesiapa yang mahu menjadi Menteri Besar perlu mengikut arahan dan telunjuk DAP walau apa cara sekalipun.

Insiden serbuan JAIS tempoh hari telah mengundang seribu macam persoalan di atas tindakan Khalid Ibrahim yang ternyata menyebelahi pihak Gereja berbanding kepentingan orang Islam. Tindakan Khalid Ibrahim bukan sahaja mengundang kemarahan bloggers dan orang ramai bahkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Hari ini 45 NGO’s telah menghantar memorandum kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi menyatakan sokongan penuh terhadap tindakan JAIS yang menjalankan pemeriksaan di sebuah gereja di Damansara Utama pada 3 Ogos lalu.

Wakil kumpulan NGO itu, Pengerusi Sahabat Pusat Perubatan Universiti Malaya, Dr Dzulkhaini Husain, berkata tujuan memorandum lima muka surat itu dihantar adalah bagi mempertahankan kedaulatan Islam berhubung tindakan anggota penguatkuasa JAIS ketika melakukan pemeriksaan di gereja terbabit.

"Kami sudah berjumpa dengan wakil daripada JAIS dan selepas mendapat semua maklumat serta penjelasan, kami dengan sepenuh hati menyokong tindakan yang dibuat oleh JAIS dalam usaha mempertahankan kedaulatan agama Islam".

Pengerusi Sahabat Pusat Perubatan Universiti Malaya, Dr Dzulkhaini Husain

Dalam mengukuhkan dakwaan mereka, ketika kejadian serbuan itu tidak berlaku sebarang kejadian seperti memecah pintu atau menceroboh dewan gereja berkenaan seperti yang didakwa sebaliknya pemeriksaan dilakukan secara berhemah serta menemui bukti mengenai kesalahan mengikut Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Di kalangan Orang Islam) 1988.

Tindakan Khalid Ibrahim itu telah dikatakan membelakangkan Sultan Selangor dalam memberikan reaksi terhadap tindakan JAIS memeriksa gereja terbabit. Ini yang membuatkan beberapa NGO’s membantah tindakan Khalid Ibrahim dengan mengemukakan memorendum kepada Sultan Selangor. 
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger