MoCS MAHU JADIKAN BANDAR KUCHING SEPERTI LONDON YANG BERLAKU KEKACAUAN DAN KUCAR-KACIR


Kedegilan dan tidak takut undang-undang telah menyebabkan Francis Siah dan MoCS tetap dengan keputusannya untuk mengadakan perhimpunan haram di Kuching. Walaupun beberapa kali mengadakan pertemuan dengan polis, namun implikasi perhimpunan haram itu yang dijangka akan memberi kesan buruk menyebabkan polis tetap dengan keputusannya untuk tidak memberikan permit.

Polis juga telah meminta Francis Siah dan MoCS menggunakan saluran yang betul dalam mengadakan bantahan mahupun permintaan terhadap sesuatu perkara yang dirasakan tidak puas hati. Kerajaan mempunyai pelbagai cara dan kemudahan untuk mengadakan perbincangan dalam mengatasi sesuatu masalah dan bukannya melalui tindakan mengadakan perhimpunan haram.

Keengganan Francis Siah dan MoCS mengikut cadangan polis itu ekoran sikap mereka yang sangat keras kepala. Mereka ini tidak melihat kesan buruk yang akan dihadapi rakyat seperti mana yang telah berlaku di Kuala Lumpur tempoh hari ketika perhimpunan haram diadakan pada 9 Julai 2011. Sebaliknya, mereka hanya mementingkan kuasa dan mahu kerajaan melihat kononnya mereka mendapat sokongan rakyat.

Secara tidak langsung, keganasan yang berlaku di London ketika ini yang melibatkan beberapa buah bandar telah menyebabkan aktiviti seharian terganggu dan ekonomi lumpuh. Ini semua disebabkan perhimpunan haram yang telah dijalankan oleh sekumpulan manusia. Perbuatan mereka ini sebenarnya telah menyebabkan hampir keseluruhan ekonomi England lumpuh dan kemerosotan pelancong. Keadaan inilah yang cuba dibawa Francis Siah dan MoCS ke Kuching dengan berselindung disebalik demokrasi.

Sewajarnya, rakyat Sarawak harus menolak sekeras-kerasnya tindakan MoCS itu demi memelihara keharmonian kaum dan negeri. Sepanjang Sarawak merdeka dalam Malaysia, tidak ada atau tidak pernah mana-mana perhimpunan haram yang bertujuan menentang kerajaan diadakan di Sarawak. Ini kerana rakyat Sarawak sangat berterima kasih kepada kerajaan yang selama ini sangat mengambil berat terhadap kebajikan dan keperluan rakyat Sarawak.


Tiadanya sambutan rakyat Sarawak dalam Perhimpunan Haram BERSIH 2.0 yang diadakan di Sarawak tempoh hari yang hanya disambut oleh pemimpin DAP Sarawak. Hal ini tidak menghairankan kerana menjadi kebiasaan pemimpin DAP yang kebanyakannya Cina sentiasa kuat memberontak. Dalam menjalankan tugas sebagai wakil rakyat, mereka ini juga bukannya mahu menyelesaikan masalah rakyat, tetapi sebaliknya gemar dan kerap menunding jari kepada kerajaan yang dikatakan menjadi punca masalah. Hakikatnya, pemimpin DAP Sarawak merupakan ‘keluarga’ kepada pemimpin DAP di Semenanjung Malaysia. Jadi, tidak hairanlah sikap pemimpin DAP Sarawak yang degil dan keras kepala itu merupakan acuan DAP di Semenanjung. 
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
August 11, 2011 at 5:04 PM

BERANI KAH...CUBA TENGOK MEKA ADA BTG PELIR KA....

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger