MINTA MAAF PADA GEREJA, KHALID IBRAHIM GADAI MARUAH ISLAM



PKR Selangor dikecam kerana sanggup menggadaikan maruah agama Islam demi kepentingan politik dalam isu pemeriksaan JAIS ke atas sebuah gereja di Damansara Utama tempoh hari.

Sebagai Menteri Besar Selangor dan beragama Islam serta memegang kuasa dalam pentadbiran negeri dan agama seperti mana dalam angkat sumpah sebagai Menteri Besar, Khalid Ibrahim sepatutnya menjaga maruah agama Islam dan bukannya mengecam JAIS yang membuat pemeriksaan.

Tindakan menyalahkan peranan JAIS dan sikap berdolak-dalik mengenai isu itu mencerminkan sikap sebenar pemimpin itu terhadap tanggungjawabnya menjaga kepentingan ummah. Khalid Ibrahim lebih mementingkan kepentingan politiknya berbanding kepentingan ummah seperti yang disyariatkan dalam Islam.

“Kita lihat motif sebenar Abdul Khalid berbuat demikian hanya untuk menjaga hati pemimpin bukan Islam yang memegang jawatan dalam kerajaan negeri Selangor”.

“Kerana kepentingan politik dan jawatan, beliau sanggup menggadaikan maruah agama selain turut mengarahkan semua Exco Selangor menutup mulut daripada memberi sebarang kenyataan berhubung isu tersebut”.

Melihat kepada tindakan JAIS itu adalah rutin biasa yang mengikut peraturan yang telah ditetapkan. JAIS tidak akan membuat sebarang serbuan sekiranya tidak ada aduan ataupun maklumat berhubung ada orang Islam di dalam gereja ini yang kononnya menurut Khalid Ibrahim adalah untuk berbuka puasa. Kenapa perlu membuka puasa di dalam gereja dan tidak di masjid atau surau. Difahamkan kesemua orang Islam yang berada dalam gereja itu merupakan ibu tunggal dan memerlukan bantuan kewangan untuk menyara diri dan keluarga mereka. Di manakah Pusat Pungutan Zakat yang berperanan dalam membantu umat Islam. Kenapakah mereka (orang Islam) ini meminta bantuan daripada orang bukan Islam dan berada di dalam gereja?


Serbuan JAIS pada Rabu lepas dilihat sebagai wajar dalam membendung umat Islam terus ternoda dengan sikap ikhlas pemimpin bukan Islam yang dikhuatiri mengambil kesempatan di atas termakan budi itu. Untuk itu, beberapa NGO’s menyokong penuh tindakan JAIS kerana jabatan itu menjalankan tugas yang diamanahkan demi menjaga kepentingan agama Islam.

Disebabkan sikap Khalid Ibrahim yang lebih memihak kepada gereja dan mahu menjaga pemimpin bukan Islam dalam Pakatan Pembangkang, rakyat Selangor telah mendesak Khalid Ibrahim meletak jawatan kerana tidak mampu mentadbir negeri Selangor dengan bijak dan banyak berlangsungnya kontroversi. Ini bertujuan memastikan penganut Islam di negeri itu tidak terdedah dengan risiko murtad akibat pujuk rayu gereja dan dakyah sesetengah pihak berkepentingan.
Share this article :
 

+ comments + 2 comments

Anonymous
August 8, 2011 at 11:40 PM

mmg ini agenda pendatang melaga2kan umat Islam & kristian..supaya mereka dapat menguasai ekonomi..

Gereja tak membantu india2 kristian miskin, pekerja asing kristian tetapi sibuk merasuah melayu supaya berhutang budi & mewujudkan peluang melaga2kan puak2.

agenda dapigs..untuk membuktikan kpd barat bahawa mereka layak manjadi orang suruhan..kah..kah..kah..

August 9, 2011 at 3:27 PM

Hello tuan,Bolehkah anda bertukar-tukar link? saya telah dikaitkan web yang bagus anda, supaya anda boleh link blog saya?Saya berharap anda tidak keberatan ...
ini adalah blog saya http://webmarhaen.blogspot.com/

nasib baik

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger