MERDEKA CENTRE: KEPOPULARAN ANWAR JATUH MERUDUM ATAS FAKTOR KES LIWATNYA




Ketika ini pemimpin Pakatan Pembangkang sibuk dengan kenyataan dan ulasan mengenai kemerosotan kepopularan kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak seperti yang dilaporkan Merdeka Centre kepunyaan Pakatan Pembangkang.

Dalam hal ini terpulanglah kepada pemimpin Pakatan Pembangkang untuk membuat kenyataan dan ulasan memandangkan laporan kemerostan kepimpinan Perdana Menteri itu datangnya daripada Pakatan Pembangkang. Menjadi kelaziman Pakatan Pembangkang untuk terus mencari titik kelemahan kepimpinan Najib yang sekarang ini telah diterima rakyat daripada segenap lapisan masyarakat dan ceruk rantau.

Katakan apa sahaja tentang keburukan mahupun kelemahan Perdana Menteri, semuanya datang daripada Pakatan Pembangkang. Atas sebab itu, tidak hairanlah strategi Pakatan Pembangkang kini banyak memainkan persepsi mengenai merudumnya kepopularan kepimpinan Najib dalam mencerminkan kelemahan pentadbiran Najib.

Tidak hairanlah ketika ini dan dalam tempoh sebulan, pemimpin Pakatan Pembangkang banyak membuat kenyataan dan ulasan mengenai kepimpinan Najib. Terbaru, Anwar Ibrahim telah mengulas dalam portal milik pembangkang, Malaysiakini bahawa kemerosotan itu petanda Pakatan Pembangkang sudah hampir menakluki Putrajaya.


Kenyataan itu sekaligus menggambarkan bahawa Anwar Ibrtahim kini sudah mula mengalih pandangan masyarakat kepada isu ketidakpopularan kepimpinan Najib berbanding kes liwatnya yang ditangguhkan sementara bagi memberi ruang dan peluang kepada Anwar Ibrahim untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri buat kali terakhir bersama keluarga dan sahabat Pakatan Pembangkang.

Dicadangkan kepada Merdeka Centre supaya diadakan satu kajian mengenai tahap sokongan  Anwar Ibrahim dalam menjadi Perdana Menteri di mata rakyat Malaysia pada masa ini. Apakah pula keputusannya?

Pastinya ramai di kalangan rakyat Malaysia memberikan jawapan bahawa mereka tidak mahu Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri kerana kaki liwat dan kaki pelacur. 

Andai penyokong dan peminat Anwar Ibrahim tidak percaya, desaklah Merdeka Centre untuk membuat bancian terhadap kepopularan Anwar Ibrahim untuk jadi Perdana Menteri. Jawapannya sudah terang dan tidak lagi bersuluh. Kepopularan Anwar Ibrahim untuk jadi Perdana Menteri pasti jatuh menjunam ke dalam gaung. 
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger