KARPAL SINGH SUDAH BOSAN DENGAN KES LIWAT ANWAR IBRAHIM



Sebelum ini Kumpulan Pendesak Gerakan Anti-Penyelewengan Selangor (GAPS) telah menghantar memorendum kepada SUHAKAM bagi mengadakan campur tangan dalam mempercepatkan keputusan kes liwat Anwar Ibrahim terhadap Saiful Bukhari Azlan.

Terdahulu, bapa Saiful Bukhari Azlan telah menghantar satu surat kepada SUHAKAM bagi meminta campur tangan dalam mempercepatkan kes liwat anaknya itu yang kini berlanjutan lebih kurang 3 tahun.

Penangguhan demi penangguhan yang dikemukakan tertuduh, Anwar Ibrahim dalam usahanya menuju kepada PRU-13 yang bermatlamat menjadi Perdana Menteri dan dan seterusnya melenyapkan kes itu di mahkamah.

Sepanjang tempoh penangguhan tersebut, mangsa Saiful Bukhari Azlan telah melalui pelbagai ranjau kehidupan ekoran tiada lagi keputusan kes daripada mahkamah. Selain kepincangan fikiran serta kehilangan motivasi dalam meneruskan hidup ekoran tekanan perasaan yang diterima daripada masyarakat sekeliling yang masih menganggap Saiful Bukhari merelakan diri diliwat Anwar Ibrahim.

Berbeza dengan tertuduh, Anwar Ibrahim yang kelihatan bebas dan gembira sehingga boleh berkempen dalam beberapa Pilihan Raya Kecil dan Pilihan Raya DUN Sarawak sebelum ini. Di samping itu, Anwar Ibrahim berkesempatan meluaskan pengaruhnya di luar negara dan memburukkan nama Malaysia.

Akibat sudah bosan dengan kes liwat Anwar Ibrahim, Karpal Singh hari ini mendesak mahkamah menyegerakan keputusan kes itu.

SUHAKAM sebelum ini telah menggunakan haknya dengan mendesak mahkamah untuk mengadakan perbicaraan terhadap anggota polis yang bertugas dalam perhimpunan haram itu. Desakan itu ekoran permintaan Pakatan Pembangkang yang mahukan anggota polis yang bertugas dan didapati menyalahi SOP dibicarakan.

Sekiranya SUHAKAM boleh bertindak atas desakan Pakatan Pembangkang, kenapa pula SUHAKAM tidak boleh memenuhi permintaan Saiful Bukhari Azlan yang secara jelas melanggari hak asasi beliau sebagai mangsa kerakusan manusia.

Menjadi harapan SUHAKAM untuk menjalankan kewajipannya dengan adil dan saksama tanpa memperlihatkan parti politik atas nama hak asasi manusia. 
Share this article :
 

+ comments + 3 comments

Anonymous
August 7, 2011 at 1:04 PM

masalahnya suhakam lebih suka membela mereka yang membelakangkan undang-undang, melanggar undang-undang, memceroboh dan memusnahkan hak asasi orang lain yang taat dan patuh kepada undang-undang. kalau suhakam mempertahankan orang yang taat kepada undang-undang atau orang yang menjadi mangsa kepada penjenyah maka suhakam tidak akan glamor dipersada dunia. moto suhakam sepatutnya - berikan kebebasan sepenuhnya kepada penjenayah.

Anonymous
August 19, 2011 at 9:07 AM

Kopral singh penah kata "ANUWAR IBRAHIM HARUS BERTOBAT"...kah!kah!kah!..nama pun singh ..belit kalah kan keling.

Anonymous
August 22, 2012 at 4:18 PM

SUHAKAM patut tukar nama ke SUHARAM JADAH.....

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger