HANGAT: SILA BACA LAPORAN ‘OPS AKIDAH’ DI GEREJA METHODIST



Laporan ini telah disediakan oleh Penolong Pengarah (Perancangan & Strategik), Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bertarikh 4 Ogos 2011 dan telahpun diserahkan kepada Khalid Ibrahim pada tarikh tersebut.

Bagaimanapun, Khalid Ibrahim difahamkan baru sahaja mendapat salinan Laporan ‘Ops Akidah’ di Gereja Methodist. Betul ke? Atau sengaja dilewatkan bagi mengaburi mata rakyat disebabkan kelemahan JAIS dan memberi peluang kepada kerajaan Pakatan Pembangkang untuk ‘menghentam’ kerajaan BN dan UMNO.


1.         PENDAHULUAN 

Laporan ini disediakan untuk memberi penjelasan berhubung operasi pemeriksaan orang Islam oleh Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Selangor di Kompleks Dream Center, sebuah kompleks yang disyaki beroperasi sebagai pusat Komuniti dan Gereja yang dijalankan pada 3 Ogos 2011 bersamaan 3 Ramadhan 1432H beralamat di Dewan 3, Dream Center, Jalan 13/1, Seksyen 13, 46700 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. 


2.         LATAR BELAKANG 

2.1       Pemeriksaan dibuat berdasarkan maklumat yang mendakwa berlakunya jemputan beberapa orang Islam ke Majlis berbuka puasa di Gereja yang dinamakan "Thanksgivng DInner" seperti mana alamat di atas. 

2.2       Tindakan dibuat berdasarkan peruntukan Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) Tahun 1995 iaitu menghina atau mempersendakan ibadat agama Islam di kalangan penganut agama Islam sendiri. 

2.3          Siasatan susulan juga akan dibuat mengikut peruntukan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalanagn Orang Islam) Negeri Selangor Tahun 1988 yang berkuatkuasa ke atas orang bukan Islam dan orang Islam. 

2.4       Program Thanksgiving Dinner ini disyaki bertujuan meraikan kemasukan sebahagian orang-orang Islam itu ke agama Kristian sambil menghina dan mempersendakan agama Islam kononnya sebagai Majlis Berbuka Puasa dengan melibatkan orang Islam sendiri. 

2.5     Operasi ini disertai oleh 13 Pegawai Pengutkuasa Agama Jabatan Agama Islam Selangor dan dibantu oleh sepasukan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) seramai 20 orang dari IPD Petaling Jaya dan Sea Park. 


3. PELAKSANAAN OPERASI 

3.1       Taklimat Operasi telah diberi di Bilik Gerakan Penguatkuasaan JAIS lebih kurang jam 8:40 malam. 

3.2       JAIS seterusnya bergerak ke lokasi berkumpul di Balai Polis Daerah PEtaling Jaya dan taklimat kepada anggota PDRM telah diberikan sebelum ke lokasi sasaran. 

3.3       Lebih kurang jam 9:20 malam, anggota terlibat telah bergerak ke lokasi sasaran dan tiba lebih urang jam 9:30 malam. 

3.4       Tiba di lokasi, didapati kompleks tersebut lebih berbentuk kompleks komuniti yang diletakkan tanda nama Dream Center secara menarik, manakala perkataan Damansara Utama Methodist Church lebih kecil dan kabur pada waktu malam. Keadaan di kawasan tersebut tenang dan pasukan peguatkuasa dan anggota PDRM terus ke tempat yang disyaki iaitu Dewan 3 tanpa disekat oleh pengawal keselamatan yang bertugas di pondok pengawal. 

3.5       Di dapati juga tempat yang tertulis auditorium dan penunjuk arah yang tercatat program Thanksgiving di Hall 3. Pintu Dewan 3 itu dihiasi bunga manggar tetapi tertutup dan lebih kurang jam 9:45 malam, beberapa orang dari pasukan penguatkuasa memasuki ke Dewan 3 tersebut tanpa halangan dan berdiri berhampiran pintu masuk dewan berkenaan sambil membuat pemerhatian untuk memastikan sama ada terdapat orang Islam hadir dalam majlis tersebut. 

3.6       Dianggarkan lebih kurang 100 orang yang terdiri dari berbagai bangsa termasuk yang disyaki berbangsa Melayu berada dalam majlis tersebut sedang mendengar seorang sedang berucap (testimony) tentang dirinya yang pernah dibesarkan sebagai orang Islam. 

3.7       Setelah membuat pemerhatian semalam beberapa minit, kami seterusnya didatangi oleh wanita yang tertulis nama di tag bajunya "Sofea" dan bertanyakan hal kedatangan kami. Kami mengadakan perbincangan di luar dewan tersebut dan membiarkan program yang sedang berjalan itu diteruskan. 

3.8       Anggota PDRM dan JAIS yang telah masuk dewan tersebut diminta keluar sambil diberi arahan untuk menghormati majlis tersebut kerana dihadiri oleh beberapa orang kenamaan dari dalam dan luar. Selain itu, mereka menyatakan bahawa tempat tersebut adalah tempat persendirian dan mereka mempunyai hak ke atas kawasan tersebut. 

3.9       Kami menjelaskan tujuan pemeriksaan dibuat untuk memastikan sama ada terdapat orang Islam yang hadir, namun Sofea dan seorang "tetamunya" cuba berdolak dalik dan cuba berhujah serta mempertikaikan kuasa Penguatkuasa JAIS untuk memeriksa tempat persendirian. Mereka juga berhujah bahawa mereka berhak menggunakan kalimah suci Allah dalam program Thanksgiving Dinner itu kerana tidak dilarang oleh kerajaan dan undang-undang kawalan sekatan agama bukan Islam tidak berkuatkuasa ke atas mereka. Kami jelaskan undang-undang telah berkuatkuasa dan mereka telah melakukan kesalahan jika terdapat orang Islam dalam dewan berkenaan.

3.10    Kami seterusnya meminta buku pendaftaran peserta program tersebut untuk memeriksa kehadiran orang Islam di majlis tersebut. Pada awalnya mereka memaklumkan bahawa program tersebut tidak dihadiri oleh orang beragama Islam. 

3.11    Cubaan kami untuk mendapatkan maklumat pendaftaran daripada penganjur, tidak mendapat kerjasama dari pihak penganjur dan kami telah merampas beberapa dokumen iaitu tentatif program. Terdapat unsur-unsur yang meragukan dalam tentatif tersebut iaitu nyanyian lagu - Alhamdulillah & Allahuakbar. Salinan tentatif seperti mana dilampirkan. 

3.12    Terdapat juga borang kuiz berkaitan agama Islam yang disyaki diedarkan kepada peserta yang hadir. Sesalinan lampiran kuiz tersebut dilampirkan. Sementara itu, anggota JAIS yang menjaga di pintu belakang premis tersebut mendapati beberapa orang yang disyaki orang Islam cuba dibawa keluar oleh penganjur melalui pintu belakang tersebut. 

3.13    Setelah berbincang selama hampir sejam, mereka bersetuju untuk membenarkan pemeriksaan dibuat selepas majlis tersebut tamat dan pemeriksaan ke atas individu dibuat selepas peserta keluar daripada dewan tersebut. 

3.14    Semasa masuk ke dalam dewan 3 tersebut bagi kali kedua, kami telah memeriksa tong sampah dan didapati terdapat cebisan kertas soalan yang telah dikoyakkan dan diisi oleh peserta di dalam tong sampah tersebut dan kami telah mengambilnya untuk dijadikan bahan bukti (Lampiran sepertimana dalam plastik rampasan barang kes). 

3.15    Pemeriksaan individu yang dibuat mendapati seramai 12 orang Islam menghadiri program tersebut. Mereka diberi notis arah hadir Majlis Agama Islam (MAIS) untuk memberi keterangan berhubung program pada malam tersebut iaitu (No. KP tidak didedahkan): 

i)             Nadeane Binti Che Mohd Salleh (Sofea) (79xxxx-01-6094) 
ii)            Muhammad Khairul Dhillon Bin Abdullah (69xxxx-08-6039)
iii)           Ina Reima Fitriza Binti Mahadzir (85xxxx-71-5018) 
iv)           Ade Andrian Putra Bin Mahadzir (94xxxx-02-5609) 
v)            Nea Reima Mareana Binti Mahadzir (90xxxx-02-5778). 
vi)           Rasyidah Binti Razak (77xxxx-01-5908). 
vii)         Nur Umrah Binti Razak (95xxxx-01-6002).
viii)        Mohd Haslan Bin Bob Hasnan (80xxxx-10-5045). 
ix)           Faridah Binti Abdul Rahman (71xxxx-12-5478) 
x)            Nur-Al Ashikin Binti Shaikh Dawood (72xxxx-10-5072) 
xi)           Faridah Binti Abdul Latep (72xxxx-71-5256) 
xii)         Sahrunida Binti Asaad (81xxxx-08-6246)

3.16    Terdapat juga dikalangan ibu bapa yang beragama Islam yang hadir membawa anak-anak kecil. 



4. ELEMEN YANG MENIMBULKAN SYAK 

4.1       Walaupun dikatakan sebagai majlis berbuka puasa tetapi penunjuk arah dan itinerary program jelas mencatatkan bahawa majlis itu ialah "Thanksgiving Dinner" yang berunsurkan Kristian. 

4.2       Hanya orang Islam yang dijemput khas telah hadir ke majlis tersebut dan ianya dibuat secara tertutup dan turut dihadiri orang bukan Islam. 

4.3       Walaupun majlis itu adalah "Thanksgiving Dinner", terdapat usaha-usaha untuk mengelirukan orang beragama Islam kerana terdapat ciri-ciri tarikan iaitu: 

4.3.1 Bunga manggar diletakkan di hadapan pintu masuk dewan tersebut. 

4.3.2 Baju yang dipakai oleh peserta yang bukan beragama Islam iaitu baju kebangsaan, kebaya dan baju kurung.

4.4 Peserta (Islam) seramai 3 orang Islam cuba melarikan melalui pintu belakang secara senyap. 

4.5       Nyanyian lagu ALHAMDULILLAH dan ALLAH AKBAR yang terdapat dalam tentatif sedangkan ia dilakukan di tempat yang tidak sepatutnya. 

4.6       Soalan kuiz Islam yang diberikan kepada peserta yang hadir. 

4.7       Cebisan kertas soalan kuiz Islam yang siap diisi yang telah dikoyakkan oleh penganjur (dan dibuang ke dalam tong sampah di dalam dewan). 

4.8       Majlis tersebut dilakukan di premis milik organisasi Kristian iaitu Damansara Utama Methodist Church yang jelas ketara elemen-elemen Kristian yang mendedahkan unsur-unsur penarikan (Terutama sekali evengelical mission melalui papan kenyataan dan wall paper yang dipamerkan di dinding ruang legar premis tersebut.) 

4.9       Ketika dan selepas pemeriksaan, penganjur beria-ia benar menyembunyikan fakta sebenar perjalanan program Thanksgiving Dinner itu terutama sekali mengenai ucapan (testimony) yang dilakukan oleh seorang yang dalam proses menukar agamanya dari Islam ke Kristian dan mereka yang berselindung di sebalik program Makan Malam Muhibbah atas semangat 1Malaysia. 

4.10    Salah seorang yang mendakwa dirinya penganjur utama telah ditanya secara lisan oleh Penguatkuasa JAIS kepadanya samada dia beragama Islam, dan dia menjawab "I Believe in God" dan enggan mengaku beragama Islam sedangkan berdasarkan kad pengenalannya jelas beliau seorang Islam. 


5. PENAFIAN 

5.1       Tiada sebarang serbuah dilakukan, bahkan JAS telah melakukan rundingan sebelum melakukan pemeriksaan. 

5.2       Panganjur dan JAS bersetuju untuk menjalankan pemeriksaan individu di dalam Dewan 3 berkenaan setelah Majlis selesai dijalankan. 

5.3       Majlis tersebut dihadiri kemudiannya oleh wartawan. JAIS telah dituduh memanggil wartawan tersebut sedangkan tiada jemputan dibuat oleh JAIS. 


6. PENUTUP 

Laporan ini dibuat bagi memberi penjelasan berhubung kejadian sebenar yang berlaku semasa operasi yang dilakukan. 


Disediakan oleh: 

Penolong Pengarah (Perancangan & Stratejik) 
Bahagian Penguatkuasaan 
Jabatan Agama Islam Selangor 
Tarikh: 4 Ogos 2011 

Kredit kepada blogger The Unspinner

Apakah pandangan anda terhadap laporan JAIS ini yang bersandarkan kejadian sebenar yang berlaku dan tohmahan penganjur majlis dan Pakatan Pembangkang yang cuba memutarbelitkan fakta sebenar bagi mengaburi rakyat.

Ingatlah pemimpin Islam Pakatan Pembangkang khususnya Khalid Ibrahim dan PAS, janganlah bermain sandiwara dalam menegakkan agama Islam. Ini telah memberikan ruang yang seluas-luasnya kepada mereka yang bukan Islam untuk merendahkan martabat agama Islam itu sendiri.

Kerakusan PAS dan pemimpin Islam Pakatan Pembangkang sebenarnya telah menyebabkan agama Islam telah teraniaya dan dipermainkan dengan sewenang-wenangnya. Di bulan Ramadhan ini, semoga Allah s.w.t membersihkan hati mereka-mereka yang kotor ini dan diberikan keinsafan. Ingatlah bahawa politik Pakatan Pembangkang tidak akan ke mana sekiranya agama Islam itu dijadikan medan untuk mereka melindungi diri.

Pemimpin PAS yang sebelum ini dikatakan memperjuangkan agama Islam ternyata kini boleh membuat keputusan untuk menggugurkan perkataan Islam dalam nama parti itu. Ini perlu sebelum rakyat Malaysia yang beragama Islam memberontak bahawa mereka selama ini ditipu hidup-hidup dalam menyokong perjuangan mereka. Orang Islam tahu dan tidak bodoh bahawa menyokong PAS samalah seperti bersekongkol dengan golongan kafir.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger