BONUS RAYA: TERIMA KASIH PERDANA MENTERI




Berita gembira buat kakitangan awam yang berjumlah kira-kira 1.27 juta orang berikut persetujuan Perdana Menteri memberikan bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 penjawat awam Persekutuan bulan ini.

Pemberian ini bertujuan untuk meringankan beban kakitangan awam sepanjang menghadapi bulan puasa dan melakukan persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri yang akan disambut umat Islam pada penghujung bulan Ogos ini.

Kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada 590,000 pesara kerajaan sebagai hadiah bersempena Hari Raya Aidilfitri.

Persetujuan kerajaan memberikan bonus dan bayaran khas yang akan dibuat pada pertengahan bulan ini akan melibatkan perbelanjaan sebanyak RM2 bilion. Melihat kepada implikasi tindakan kerajaan ini pastinya akan mengundang kenaikan harga barangan keperluan. Untuk itu, KPDNKK diminta untuk memantau dan menjalankan penguatkuasaan ke atas peniaga dan peruncit yang pastinya akan mengambil kesempatan menaikkan harga barang keperluan.

Kesediaan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak memberikan bonus dan ganjaran khas adalah sangat berasas. Selain menunjukkan keprihatinan kerajaan yang semenjak diterajui Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sentiasa mendahulukan rakyat, ketika rakyat dibebani kenaikan harga barang akibat kesan globalisasi, pemberian bonus dan ganjaran khas ini sedikit sebanyak membantu rakyat untuk terus menjalani kehidupan dan melakukan persiapan Hari Raya Aidilfitri.

Apakah kerajaan negeri di bawah pimpinan Pakatan Pembangkang seperti Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan akan juga mengikut langkah kerajaan Persekutuan? Berbeza dengan kerajaan negeri di bawah pimpinan Barisan Nasional yang akan mengikut ketetapan dan cadangan kerajaan Persekutuan dalam memberikan bonus dan ganjaran khas kepada kakitangan kerajaan negeri.

Pemberian bonus dan ganjaran khas kepada kakitangan awam seharusnya dilihat dalam bentuk positif dan terbuka. Kerajaan mengakui kakitangan awam selama ini telah banyak berkorban dan melaksanakan tugasan dalam membawa Malaysia berdaya saing di peringkat dunia walaupun terdapat beberapa kes kecil disiplin yang melibatkan kakitangan awam.

Persetujuan kerajaan memberikan bonus kepada kakitangan awam dilihat sebagai sesuatu yang harus dibalas dengan sewajarnya dengan memberikan sokongan tidak berbelah bahagi ke atas dasar-dasar kerajaan dan tindakan pemimpinnya yang sentiasa memikirkan tentang memajukan Malaysia.

Justeru, berilah sokongan terhadap Gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan PencapaianDiutamakan.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger