BERANIKAH KDN MENYAMAN ZURAIDA KAMARUDDIN?




Ketika kerajaan giat menjalankan Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja/Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) atau Program 6P, Zuraida Kamaruddin telah mengambil kesempatan dengan membuat fitnah. Fitnah di bulan Ramadan bukanlah suatu perkara yang luar biasa bagi Zuraida kerana menurut fahamannya dan PKR, fitnah itu sebahagian daripada kehidupan mereka.

Fitnah Zuraida Kamaruddin yang juga Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat bahawa Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja/Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) atau Program 6P sebagai muslihat kerajaan menyeludup pengundi bagi pilihan raya akan datang. Fitnah ini menjelaskan kepada rakyat bahawa PKR kini takut dengan bayang-bayangnya yang ketika ini telah dibelenggu banyak kontroversi serta dibayangi ketuanya Anwar Ibrahim yang ketika ini sedang menjalani perbicaraan bela diri kes liwat.

Apakah Kementerian Dalam Negeri akan menyaman Zuraida Kamaruddin? Semalam, Timbalan Menterinya, Datuk Lee Chee Leong menjelaskan KDN telah mengambil tindakan undang-undang ke atas Zuraida Kamaruddin. Tindakan itu diambil kerana tuduhan yang ditujukan kepada kerajaan itu tidak berasas dan sangat berat implikasinya.

Kenapa KDN mengambil masa yang panjang untuk mengemukakan saman? Apakah mahu melihat Zuraida membuat laporan polis dan mengemukakan bukti terhadap fitnahnya itu? Ternyata KDN terlalu berlembut dengan Zuraida sehingga mahu memberikan masa kepadanya untuk mengemukakan bukti sedangkan KDN tahu bahawa Zuraida tidak akan berjaya mengemukakan bukti apatah lagi membuat laporan polis.

KDN melalui Jabatan Imigresen Selangor membuat laporan polis di balai polis Seksyen 11, Shah Alam bagi menafikan tuduhan yang dibuat oleh Zuraida Kamaruddin. Dan selepas itu, baharulah KDN akan saman Zuraida secara bersama. 
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger