BAGUS SANGATKAH KAK WAN AZIZAH?



Apakah persamaan dan perbezaan Wan Azizah dan Rosmah Mansor? Itulah tajuk hangat yang cuba dimainkan Malaysiakini dalam mencemarkan keperibadian isteri Perdana Menteri.

Fitnah terbaru Pakatan Pembangkang yang menyatakan isteri Perdana Menteri telah membeli cincin berlian yang bernilai RM24 juta telah mencerminkan niat sebenar Pakatan Pembangkang untuk menjatuhkan maruah Rosmah Mansor walaupun ia telah dinafikan sekeras-kerasnya oleh beliau.

Berlian yang dikenali sebagai“Natural Fancy Gray Cushion Cut Diamond” didakwa telah diterbangkan melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke negara ini tanpa dikenakan cukai import.

Kenyataan Rosmah Mansor membeli dan mempunyai cincin berlian mahal itu tidak masuk akal. Walaupun telah dinafikan Rosmah Mansor berasaskan secara logik namun kecenderungan Pakatan Pembangkang menabur fitnah ini tiada kesudahan.

Sambil menulis perkara yang baik mengenai Wan Azizah yang kononnya ketika menjadi isteri Timbalan Perdana Menteri (sebelum Anwar Ibrahim dipecat), beliau dikatakan tidak akan berbelanja di luar negara seperti mana yang ditunjukkan isteri Perdana Menteri sekarang.

Wan Azizah bolehlah berbohong dan memutarbelitkan fakta memandangkan perkara itu telah lama berlaku berbanding fitnah ke atas Rosmah Mansor yang baru saja direka Pakatan Pembangkang. Insyallah, dalam masa terdekat pasti ada hamba Allah yang akan tampil memberikan penjelasan bagaimana perangai Wan Azizah ketika menjadi isteri Timbalan Perdana Menteri.

Wan Azizah berkata, "minta jauhkanlah saya jadi seperti Rosmah” ketika diminta pandangannya terhadap perangai isteri Perdana Menteri itu.

Ketika melawat luar negara berstatus isteri Timbalan Perdana Menteri, beliau dikatakan sekadar melawat muzium seperti kompleks muzium kajian Smithsonian di Amerika Syarikat dan juga Museum of London.

Bagaimana pula dengan sikap Wan Azizah terhadap perlakuan suaminya yang secara terang lagi bersuluh terlibat dalam seks rambang bersama pelacur China? Apakah tanggungjawab dan peranan sebagai seorang isteri dalam Islam ketika suaminya didakwa melakukan zina?

Itulah sikap Wan Azizah yang sangat berbeza dengan isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor.

Perbezaan yang paling ketara, suami Wan Azizah (Anwar Ibrahim) sibuk menabur fitnah dan gilakan kuasa serta terlibat dalam keruntuhan moral berbanding Perdana Menteri yang memberikan sepenuh tumpuan terhadap tugasnya sebagai ketua negara dan tidak terlibat dalam isu-isu moral.

Pesanan kepada Wan Azizah, cerminlah muka sendiri dahulu sebelum memberikan kenyataan terhadap orang lain. Ingatlah semakin bersikap prejudis maka semakin itu sikap bersalah itu semakin terserlah. 
Share this article :
 

+ comments + 2 comments

August 4, 2011 at 10:27 AM

Assalam Bro

Wan Azizah berkata, "minta jauhkanlah saya jadi seperti Rosmah” ketika diminta pandangannya terhadap perangai isteri Perdana Menteri itu.

Terbalikan aje kata-kata Wan Azizah Khas untuk wanita-wanita di Malaysia... " MINTA JAUHKANLAH SAYA JADI SEPERTI WAN AZIZAH"...

Anonymous
August 4, 2011 at 11:08 AM

salam bro.. jijah mmg isteri keparat. dh terang2 nuar mengongkek china doll lg nk spin? tak masuk lg kes liwat. ketutunan jijah dan anwr mmg keturunan org2 jahil dan sial. mintak dijauhkan anak2 kita bertemu jodoh dgn keturunan mereka ini.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger