‘USTAZ’ ANWAR IBRAHIM BERI CERAMAH AGAMA BERSEMPENA NISFU SYAABAN DI KUCHING




Anwar Ibrahim berceramah melalui tingkap

Hujung minggu lepas, PKR Sarawak sibuk dengan kunjungan Ketua Umum Keadilan PKR, Anwar Ibrahim dalam lawatan singkatnya ke Sarawak. Lawatan singkat Anwar Ibrahim itu bertujuan untuk menggambar apa yang sebenarnya berlaku semasa Perhimpunan Haram BERSIH 2.0.


Walaupun singkat, ia cukup bermakna bagi Anwar Ibrahim kerana kedatangannya bersempena dengan Nisfu Syaaban. Kesempatan itu, Anwar Ibrahim telah sempat menyampaikan ‘ceramah agama’ bersempena dengan Nisfu Syaaban pada malamnya kepada penduduk-penduduk sekitar Kuching yang berjumlah lebih kurang 100 orang.

Penduduk Yang Hadir

Pada sebelah pagi sebelum itu, Anwar Ibrahim bersama Baru Bian dan Pakatan Pembangkang Sarawak telah mengadakan perjumpaan di Hotel Grand Continental. Perjumpaan itu khusus kepada menerangkan peristiwa yang berlaku dalam Perhimpunan Haram BERSIH 2.0 dan menceritakan bagaimana beliau diperlakukan polis sehingga terjatuh dan cedera parah. Di samping itu, Anwar Ibrahim memberikan semangat kepada ahli-ahli PKR Sarawak bahawa PRU-13 akan datang, PKR dijangka dapat menawan sekurang-kurangnya 15 kerusi Parlimen.

Ceramah Nisfu Syaaban yang disampaikan Ustaz Anwar Ibrahim pada malam itu telah mendapat sambutan hangat daripada penduduk sekitar Kuching. Dianggarkan sejumlah kurang 100 orang hadir yang kebanyakannya merupakan ahli-ahli PKR Cabang Tupong yang terlalu taksub dengan Anwar Ibrahim.

Majlis yang bermula jam 9.00 malam itu telah dimulakan dengan bacaan surah Yassin beramai-ramai. Sebaik sahaja bacaan Yassin selesai, Anwar Ibrahim hadir dengan menaiki kereta Mercedes dengan nombor pendaftaran KG4Q. Kehadiran Anwar Ibrahim telah disambut oleh tuan rumah, Hafsah Harun dan beberapa ahli PKR lain dalam suasana yang dingin.

Kenderaan Yang Membawa Anwar Ibrahim 
 
Kehadiran Anwar Ibrahim telah diiringi 3 pegawal peribadinya bagi tujuan keselamatan dan dibantu ‘Security’ yang dilantik PKR Sarawak sepanjang majlis itu.

Pengawal-Pengawal Peribadi Anwar Ibrahim

Pengawal-Pengawal PKR Sarawak
 
Ucapan Anwar Ibrahim telah disusuli dengan laungan reformasi. Sepanjang tempoh 15 minit pertama Anwar Ibrahim telah menukarkan wataknya kepada ‘al-ustaz’ dengan menyampaikan ceramah yang berkisar kepada sejarah nabi-nabi dan kaitannya dengan perjuangan yang dilakukan orang Islam. Kesempatan itu, Anwar Ibrahim telah menyamakan perjuangan peserta-peserta Perhimpunan Haram BERSIH 2.0 dengan perjuangan orang Islam pada zaman nabi.

Suasana Majlis Nisfu Syaaban PKR Sarawak

Berikutan kekurangan tempat, Anwar Ibrahim dipaksa menyampaikan ceramahnya di sebalik tingkap-tingkap rumah Ketua PKR Cabang N6 Tupong. Sambil membelakangkan tetamu dan tuan rumah di tingkat atas, Anwar Ibrahim kelihatan tidak kekok kerana sudah menjadi kebiasaan Anwar Ibrahim bermain belakang.


Namun bagi orang Melayu, keadaan ini sangat tidak sopan kerana tingkah laku Anwar Ibrahim memberikan punggung kepada tetamu sebagai kurang adab atau kurang ajar.

Ucapan Anwar Ibrahim telah diselangi dengan sabda-sabda dan firman-firman bagi menguatkan dirinya seperti ustaz. Selepas itu, barulah Anwar Ibrahim menyusuri dengan plot kemuncaknya dengan menceritakan bagaimana situasi sebenar yang dilaluinya semasa perhimpunan haram.

 
Apa yang boleh diperkatakan, ceramah Anwar Ibrahim berhubung situasinya dalam perhimpunan haram itu sangat ‘menyentuh hati’ dan boleh menyebabkan tetamu yang hadir sangat mempercayainya. Sungguh berkesan lakonan Anwar Ibrahim sehingga dapat mempengaruhi tetamu yang hadir. Bagaimanapun dengan kehadiran sejumlah kurang 100 orang, Anwar Ibrahim terpaksa memendekkan ucapannya.

Keadaan Lengang Sewaktu Anwar Ibrahim Berucap

Dalam tempoh Anwar Ibrahim berucap, tiba-tiba hujan turun sehingga memaksa Anwar Ibrahim tidak berucap panjang. Turunnya hujan menyebabkan penduduk yang hadir mengambil keputusan balik. Majlis malam itu juga difahamkan tidak mendapat permit daripada polis. Sepanjang majlis itu, polis telah menjaga keselamatan dengan baik.

Kalau sebelum ini Anwar Ibrahim sering menjadikan polis sebagai intipati ucapannya dengan menidakkan peranan polis dalam menunaikan tanggungjawabnya, tetapi pada malam itu Anwar Ibrahim ‘tidak’ menyentuh mengenai keburukan polis. Ini mungkin disebabkan kesilapannya tempoh hari yang memburukkan nama dan reputasi polis sedangkan Hadi Awang menafikannya dengan menyatakan polis melayannya dengan baik.

Bacaan Puisi KOTOR 2.0

Selepas Anwar Ibrahim menyampaikan ceramah agamanya, seorang ahli PKR Sarawak telah menyampaikan puisi BERSIH. Puisi ini merupakan karya A. Samad Said ketika majlis pelancaran perasmian BERSIH 2.0 pada 19 Jun 2011. Ketika puisi BERSIH 2.0 disampaikan, hujan terus turun dengan lebat.

Menerima Borang Keahlian PKR

Anwar Ibrahim pada malam itu juga telah menerima kemasukan ahli PKR Sarawak yang berjumlah seorang sahaja. Selain itu, kaunter pendaftaran ahli PKR juga dibuka dan didapati hanya 4 orang sahaja yang telah mendaftar sebagai ahli pada malam itu. Setiap ahli baru yang mendaftar akan diberikan baju-T PKR dan bendera PKR, dan ianya percuma.

Pendaftaran Keahlian PKR Sarawak

Majlis berakhir kira-kira jam 10.30 malam dalam keadaan hujan lebat mengiringi kepulangan Anwar Ibrahim ke hotel. Tetamu yang hadir pada malam itu telah disajikan dengan makanan yang terhad jumlahnya. Rata-rata ahli-ahli PKR Sarawak yang hardcore tidak melepaskan peluang untuk makan percuma.

Baju-T PKR Tidak Lekang Di Tangan Walaupun Sedang Makan

Di sebalik itu, ramai penduduk di sekitar kawasan perumahan itu merungut dan tidak senang dengan penganjuran majlis itu kerana disifatkan sebagai menganggu ketenteraman penduduk. Selain tidak mendapat permit polis, penganjur juga disalahkan kerana kehadiran pengunjung di situ telah menganggu keadaan lalu lintas. 
Share this article :
 

+ comments + 5 comments

Anonymous
July 19, 2011 at 11:03 PM

dah macam penyamun lak aku tengok anugerah tu kat celah tingkap

Anonymous
July 19, 2011 at 11:28 PM

mesyuarat tingkap...

Anonymous
July 20, 2011 at 2:42 PM

kawan i pergi jugak mlm tu. diorg cakap ceramah anwar "lesu lemah" umpama konek anwar lepas ngongkek wanita made in china! ko mmg bangsat anwar! celaka! sial! babi utan!!

Anonymous
July 20, 2011 at 2:44 PM

..jaga-jaga orang rumah panjang, Al Juburi sudah masuk kampung..nanti ada yg hilang 'teruna'..

Anonymous
July 24, 2011 at 8:38 PM

Apa nak ditakutkan kepada ANUAR?? bagi je PERMIT,, biarlah dia nak MERapu,, nanti,, bila orang dah Muak,, dia akan bercakap sorang-sorang ,, macam burung Kakak Tua,,
KITA,, tak perlu takut pada orang yang cakap Merapu,, ada orang nak dengar ke ??
TAK BERANI lagi ke kita nak bagi laluan untuk ANUAR bercakap?? kan ke tak sampai 100 orang yang hadir?? Kalau tak berani,, maknanya KITA takut pada bayang-bayang sendiri,,. Anuar cuma gah bercerita,, tak ada orang nak dengar kan??
Tak perlu lah kita nak sekat,, diorang nak berhimpun ka apa ka,, asal tidak mencetuskan kerosakan harta benda,, biarkanlah,, setakat dia nak melaung REFORMASI,, biar aje,, tak perlu kawalan POLIS pun,,.Silapnya,, dia baru cakap nak berhimpun,, POLIS dah tunggu awal-awal lagi kat sana,, itu sebab memberi ruang untuk dia buat Cerita,,. yang memihak kepada mereka,,. sebab kita cepat sangat melatah,, PRU 13 nanti kita buka ruang sama rata ,, Tak perlu takut pada ANUAR,,. biar dia bersyarah membebel kat TV,, tadak sapa nak DENGAR ceramah dia,,.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger