SELEPAS BERSIH 2.0, MoCS PULA MAHU CETUSKAN PERHIMPUNAN HARAM




Menyedari Perhimpunan Haram BERSIH 2.0 pada 9 Julai 2011 lalu menemui kegagalan, seperti dijangka Gerakan Mengubah Sarawak (MoCS) merancang akan mengadakan rapat umum di Kuching pada 13 Ogos 2011. Tarikh tersebut merupakan bulan Ramadhan dan seluruh umat Islam sedang berpuasa.

Pemimpin MoCS yang diketuai Francis Siah telah bermesyuarat di Kuala Lumpur pada Ahad lepas dan mengambil keputusan untuk menganjurkan perhimpunan bertemakan ‘Berjalan untuk Demokrasi dan Reformasi’.

Seperti mana Perhimpunan Haram BERSIH 2.0 yang kononnya mahu menghantar memorendum kepada Yang Di-Pertuan Agong, MoCS pula dikatakan mahu mengeluarkan 10 deklarasi pada perhimpunan haram itu.

Berbeza dengan BERSIH 2.0 yang menggunakan warna kuning sebagai tema rasminya, MoCS pula akan menggunapakai warna merah iaitu warna tema MoCS. Warna merah juga sinonim dengan DAP yang sebelum ini lantang untuk mengadakan perhimpunan haram pada 9 Julai 2011 sebelum mengambil keputusan hanya minum pagi di kedai kopi. Persoalannya, apakah MoCS itu sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar atau seperti BERSIH 2.0 yang merupakan pertubuhan haram?


Seperti mana helah BERSIH 2.0, MoCS juga menggunakan helah yang sama, iaitu akan memberi jaminan kepada polis bahawa acara itu akan diadakan dalam suasana aman dan kita menerima nasihat dan permintaan daripada mereka. Apakah benar perkara ini akan berlaku.

Mengimbau 9 Julai 2011, S. Ambiga sebelum itu berkeras menyatakan akan mengikuti arahan polis berhubung perarakan haram yang dilakukan peserta BERSIH 2.0. tetapi, lihat apa yang berlaku? Mana ada perhimpunan atau perarakan yang bersopan santun? Perhimpunan itu juga telah menakutkan pelancong dan peniaga sehingga menyebabkan Kuala Lumpur ketika itu seperti dalam keadaan darurat. Apakah ini juga akan berlaku di Kuching?

Difahamkan MoCS akan mengadakan perhimpunan haram itu di Padang Merdeka, Tebingan Kuching, Taman Budaya atau Taman Muzium.


Sebelum ini, kumpulan tersebut pernah merancang untuk mengadakan perhimpunan bagi meminta Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berundur.
Share this article :
 

+ comments + 3 comments

Anonymous
July 15, 2011 at 11:20 AM

ini cina kafir tak sedar diri .bunuh saja.bagi buaya makan

Anonymous
July 15, 2011 at 11:44 AM

Ramai yg nampak betapa senang penganjur masyuk duit...Jadi mereka tak henti henti cuba buat jua..Tengok penganjur Bersih 2...dah buktikan ada demo dijalanan...makna dah habis kerja...wang dah bolih kira sendiri punyalah...patutlah senyap..dah masyukkkkk.
Akan ada lagi demo dari pihak lain seterusnya sebab semua nak masyuuuuk... makan 2 jenerasi tak abis oooi...untung besar..pakai buruh percuma..pada yg senang diperdaya...khusus orang melayu..PAs...

Anonymous
July 18, 2011 at 11:52 AM

kalau takda org bagi duit, mana dia org nak buat perhimpunan nih...dah kira tahap takda duit langsung dah dia nih...kalau xbuat duit tak masyukkkk.....Francis siah, lu sapa nak memandai suruh org letak jawatan???

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger