PESERTA PERHIMPUNAN HARAM 2.0 SALAHKAN POLIS ATAS KECEDERAANNYA PADA 9 JULAI 2011




Salahkah polis apabila bertindak mengikut arahan sehingga menyebabkan kecederaan? Itulah yang berlaku ke atas mangsa Yew Boon Lee yang turut menyertai perhimpunan haram. Tujuannya adalah untuk menangkis dakwaan polis sebelum ini yang menyatakan polis bertindak mengikut prosedur.

Yew Boon Lye yang juga ketua PKR Cawangan Klang telah tampil sebagai saksi bersama dengan beberapa gambar beliau bagi membuktikan kecederaan yang dialami di mukanya akibat terkena kanister gas pemedih mata di terowong KL Sentral semasa perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu.

Dalam sidang akhbar itu, Yew Boon Lye telah menunjukkan beberapa keping gambarnya yang buruk akibat tembakan gas pemedih berkenaan, mata kirinya juga lebam. Turut serta dalam sidang itu, Naib Presiden PKR N. Surendran, Ahli Parlimen Subang R Sivarasa, Ketua Biro Perundangan PKR Latheefa Koya dan Peguam Fadiah Nadwa Fikri.

"Saya kemudiannya dengan segera mendapatkan rawatan di sebuah klinik apabila pulang ke Klang. Lebam itu mengambil masa beberapa minggu sebelum ia hilang”.

Selain Yew Boon Lye, PKR juga telah mengambil contoh pengawal peribadi Anwar Ibrahim yang tulang pipinya retak dan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad memerlukan enam jahitan di kepalanya.

Kenapa perlu menyalahkan polis sekiranya peserta-peserta itu secara terang telah melanggar undang-undang negara dengan terlibat menyertai perhimpunan HARAM? Implikasi haram secara jelas menampakkan perbuatan itu tidak diberkati dan mengandungi unsur-unsur yang tidak baik. Untuk itu, polis tidak harus dipersalahkan dalam kejadian peserta-peserta disimbah gas pemedih mata dan air kerana polis bertindak mengikut SOP. 
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
July 30, 2011 at 10:33 AM

Sikit aje tu... Kalau aku polis yang bertugas masa tu, aku akan bagi lagi teruk pada tu.... Dah buat salah tak ikut undang undang, nak salahkan orang pulak.... Dasar Bangsatr

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger