PEMIMPIN DAP GHAIRAH PERSENDAKAN ISLAM, PEMIMPIN ISLAM PAS DAN PKR HANYA PELUK TUBUH








Siapa yang berani menegur pemimpin DAP? Anwar Ibrahim, Nik Aziz, Hadi Awang mahupun Wan Azizah semuanya mengikut telunjuk DAP. Ketika ini peranan agama Islam semakin diperkecilkan khususnya di negeri-negeri yang ditadbir Pakatan Pembangkang seperti Selangor dan Pulau Pinang.

Keghairahan pemimpin DAP untuk memetik hadis nabi secara semberono, sedangkan mereka sendiri tidak beriman kepada kenabian Nabi Muhammad SAW adalah disebabkan tindak-tanduk Pas yang terlalu mengejar matlamat politik berbanding agama.

Dalam mengejar kepentingan politik, pemimpin PAS dan PKR sanggup bersekongkol dengan pemimpin kafir DAP yang secara terang-terangan menghina Islam. Apabila pemimpin DAP memetik kata-kata hadis dan al-Quran dalam ceramah mahupun dalam Persidangan DUN seperti yang berlaku di Selangor, pemimpin PAS dan PKR yang beragama Islam bertepuk tangan tanda terhibur. Sedangkan hakikatnya, tujuan pemimpin DAP yang menggunakan hadis dan al-Quran adalah sebagai mempersendakan agama Islam khususnya orang Melayu.

Berbeza dengan pemimpin pembangkang di Selangor yakni Barisan Nasional yang secara terang-terangan mengutuk perbuatan pemimpin DAP itu. Tindakan pemimpin BN itu bagaimanapun tidak disenangi pemimpin PAS dan PKR kononnya Islam membenarkan perkara itu. Apakah pemimpin PAS dan PKR takut kepada pemimpin DAP sehingga mengiyakan perbuatan tersebut walaupun hakikatnya ia dilihat sebagai suatu tindakan yang salah.

Terbaru, kejadian menghina Islam telah berlaku di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor. Kejadian ini mencatat sejarah hitam kepada agama Islam.

Semasa dalam Persidangan DUN Selangor, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Suee Lim dengan sewenang-wenangnya memetik kata-kata hadis dalam al-Quran untuk diperdengarkan dalam DUN sedangkan pemimpin DAP itu bukan Islam. Tindakan Ng Suee Lim itu biadab serta menghina kesucian agama Islam.

Jangan nak ajar saya!

"Jangan hanya kejar kuasa politik semata-mata. Sekali sekala jenguk-jenguklah rakan seperjuangan agar Islam tidak menjadi bahan politik. Apakah pemimpin PAS yang melaung-laungkan mereka kalangan ulama sudah lupa atau demi kepentingan politik sanggup membiarkan perkara itu berlaku.”

"Seingat saya, ini bukan kali pertama pimpinan DAP melakukan perkara sedemikian rupa, malah sudah beberapa kali termasuk membacakan ayat al-Quran. Bukankah akidah itu terbahagi kepada tiga iaitu pertamanya ketuhanan, keduanya kenabian dan ketiganya sami'yat.”

"Dalam konteks ini, mereka yang membacakan hadis nabi itu perlu beriman dengan nabi. Kalau tidak beriman bagaimana mereka mahu percayakan hadis berkenaan. Beriman dahulu baru boleh baca hadis nabi."

Berikutan kelantangan pemimpin BN, Ketua Pembangkang, Datuk Mohamad Satim Diman diarahkan keluar daripada Sidang DUN Selangor oleh Speker, Datuk Teng Chang Kim, setelah beliau mempertikaikan tindakan Suee Lim yang dikatakan cuba mempersendakan Islam. Manakala, pemimpin PAS dan PKR hanya berpeluk tubuh dan terpukau dengan kefasihan pemimpin DAP mengucap hadis-hadis al-Quran.

"Kalau benar-benar minat masuklah Islam dan mendalami sepenuhnya, bukan sekadar membaca sepotong dua hadis nabi. Kita juga khuatir hadis yang dipetik itu sama ada hadis daif atau sebaliknya. Jangan main petik sahaja. Saya berharap perkara seumpama ini tidak lagi."

Ingatlah pemimpin-pemimpin DAP bahawa agama Islam bukanlah agama yang mudah dipermainkan. Malah pengikut Islam tidak pernah menghina agama lain. Jadi, usahlah pemimpin DAP menjadikan agama Islam itu sebagai agama yang mudah dipermainkan. Jangan hanya kerana politik, pemimpin DAP boleh sewenang-senangnya mempermainkan agama Islam. Islam agama yang suci dan murni. 
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

putra height
July 14, 2011 at 1:48 PM

Kita tunggu FATWA baru dari TGNA....hanya dia sahaja yang arif tentang hukum agama.Hahaha!!!

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger