NGO WANITA PENDUKUNG KOMUNISME?




Bagi tujuan membebaskan semua enam anggota dan pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang ditahan mengikut Ordinan Darurat, sekumpulan NGO Wanita akan bergabung bergabung tenaga dengan dan mengadakan upacara nyalaan lilin selama 12 jam.

Pengarah Eksekutif, Pertubuhan Bantuan Wanita (WAO) Ivy Josiah mengesyorkan kepada seluruh NGO Wanita di seluruh Malaysia untuk bersama-sama terlibat dalam program ini selepas menyerahkan memorandum bersama dengan beberapa NGO wanita kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam). Difahamkan beberapa NGO yang akan terlibat ialah Pertubuhan Bantuan Wanita (WAO), Sisters in Islam (SIS), Tenaganita dan Persatuan Bertindak Wanita (AWAM) dan Persatuan Sahabat Wanita Selangor.

Bantahan kumpulan itu ke atas layanan buruk yang diberikan kepada tahanan EO tersebut, khususnya berhubung dakwaan seorang tahanan yang didakwa dipaksa menjalani ujian pengesan penipuan.

Apakah benar pemimpin Parti Sosialis Malaysia ini dilayan dengan buruk?

Polis memberi jaminan kesemua enam aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jeyakumar Devaraj yang ditahan di bawah Ordinan Darurat (EO) bulan lalu, dijaga dengan baik mengikut prosedur undang-undang yang sedia ada.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, berkata sebarang tindakan yang diambil oleh pihaknya adalah berdasarkan undang-undang yang ada demi kepentingan dan keselamatan negara.

"Kita memberi jaminan semua tahanan adalah berdasarkan langkah prosedur yang ada dalam undang-undang, peguam mereka tahu, pihak-pihak tertentu telah dibenarkan berjumpa dengan (Dr D. Michael) Jeyakumar".

Selain Dr Jeyakumar, lima yang lain yang ditahan ialah setiausaha bahagian PSM Sungai Siput, A.P Letchumanan, 49, anggota jawatankuasa pusat, Choo Chon Kai, 33, M. Sukumaran 50, timbalan pengerusi PSM, M. Sarasvathy, 58, dan pemimpin pemuda, R. Sarat Babu, 25.

Keenam-enam aktivis PSM itu ditahan dua minggu sebelum perhimpunan haram anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) di ibu negara pada 9 Julai lepas.

Apa-apa hak yang patut diterima oleh tahanan terbabit telah diberikan oleh polis termasuk layanan yang baik mengikut prosedur tahanan. Mengikut Seksyen 3 (1) Ordinan Darurat, polis boleh menahan suspek sehingga 60 hari tanpa perbicaraan.

Dakwaan NGO Wanita bahawa tahanan PSM dilayan dengan buruk ternyata meleset dan telah menimbulkan persepsi negatif kepada polis dan kerajaan. 
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger