MAT SABU KATA JUMPA POLIS KAT MAHKAMAH



Walaupun polis mengesahkan dakwaan Mat Sabu itu sebagai palsu dan disiarkan bersama bukti, namun Mat Sabu tetap tidak mahu mempercayainya. Mat Sabu tetap dengan jawapannya bahawa polis melanggarnya dan bukan dia yang melanggar penghadang jalan raya seperti yang tersiar dalam video yang diambil dari CCTV.

Agaknya Mat Sabu ada bukti lain yang mendakwa dia dirempuh kenderaan polis. Kita tunggu nanti apakah bukti yang akan dibawa Mat Sabu ke dalam mahkmah sehingga boleh menyatakan kenderaan polis melanggar dia.

Berbekalkan kerusi roda bagi tujuan meraih simpati, pelakon harapan Pakatan Pembangkang ini cuba mengekploitasikan kecederaannya itu untuk menghambat kebencian rakyat terhadap polis.

Mengulas dakwaan polis itu, Mat Sabu tidak mahu menjawab apa-apa ... “Tunggu kita saman di mahkamah”. Kiriman Mat Sabu menerusi SMS.


Di pihak polis, bagi mengajar pelakon harapan Pakatan Pembangkang ini polis telah akan mengambil tindakan undang-undang ke atas Mat Sabu ekoran tuduhan palsu yang mengatakan kenderaan polis merempuh motosikalnya.

Rakaman CCTV menunjukkan beliau terjatuh dari kenderaannya selepas terlanggar pembahagi jalan.

Kita lihat nanti siapa saman siapa? Polis atau Mat Sabu?

Rakyat Malaysia tidak akan mudah tertipu dengan lakonan Mat Sabu itu. Lakonan itu semuanya dusta. Ingatlah Mat Sabu, berbohong dan fitnah itu besar dosanya. 
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger