JANGAN TERPENGARUH DENGAN DESAKAN PERSEKUTUAN PERUBATAN SWASTA



Polis tidak seharusnya terpengaruh dengan Persekutuan Pengamal Perubatan Swasta yang mewakili kira-kira 5,000 doktor swasta di seluruh negara bergabung dengan pertubuhan perubatan yang lain menuntut pembebasan ahli parlimen Sungai Siput D Jeyakumar.

"Kami amat prihatin dengan tahanan berterusan rakan kami, Dr Jeyakumar Devaraj, yang kami iktiraf dan sahkan sebagai seorang doktor yang mematuhi undang-undang, cekap dan tekun”.

"Rekod perkhidmatan awamnya cukup cemerlang dan sepanjang pengetahuan kami, beliau tentunya bukan ancaman kepada keselamatan negara ini”.

"Kami, rayu perintah tahanan ke atas Dr Michael Jeyakumar ditarik,," petik kenyataan itu yang juga memohon pembebasan lima anggota Parti Sosialis Malaysia yang ditahan bersama”.

Jeyakumar dan lima rakannya kini ditahan mengikut Ordinan Darurat kerana didakwa terbabit dengan aktiviti haram bagi merancang perhimpunan BERSIH 2.0 yang menuntut pembaharuan pilihan raya.

Sebelum ini, 176 pengamal perubatan lain juga telah mengeluarkan kenyataan yang sama menuntut pembebasannya.

Perbuatan Dr Michael Jeyakumar dan beberapa ahli Parti Sosialis Malaysia dilihat sebagai perbuatan yang mengancam keselamatan negara. Memang diakui Jeyakumar banyak berjasa kepada rakyat dan negara, tetapi perbuatannya yang membuatkan dirinya dikenakan Orbinan Darurat adalah perbuatan yang tidak dapat dimaafkan.

Penahanan Jeyakumar dan beberapa anggota Parti Sosialis Malaysia dianggap perlu dalam mengekang penularan sentimen yang boleh membahayakan negara. Ingatlah bahawa politik bukan segala-galanya dan bukan kerana politik juga doktor boleh berbuat sesuka hati tanpa memikirkan keselamatan rakyat dan negara.

Yang salah tetap bersalah dan jangan pula yang bersalah dilepaskan manakala yang tidak bersalah disalahkan. Negara ada undang-undang dan biarlah undang-undang yang menentukan bentuk hukuman ke atas kesalahan. Undang-undang bukan untuk menyusahkan rakyat tetapi untuk melindungi rakyat dan negara. 
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger