ISU BERSIH 2.0: PENJELASAN POLIS BUATKAN PAKATAN PEMBANGKANG KECUT PERUT


Provokasi Tian Chua Terhadap Polis

Tahniah kepada PDRM kerana berjaya memberikan penerangan secara terperinci berhubung kejadian sebenar yang berlaku semasa Perhimpunan Haram BERSIH 2.0. Selain para wartawan, polis juga menjemput Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO’s) bagi menerangkan bahawa selama 2 minggu ini, media Pakatan Pembangkang telah memanipulasikan suasana dan keadaan sebenar perhimpunan haram itu.

Melalui cara ini, PDRM dapat menangkis tohmahan terhadap pasukan tersebut yang selama ini menjadi duri dalam daging kepada Pakatan Pembangkang.


Rakaman selama 1 jam 30 minit yang diberikan oleh Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Salleh Mat Rasid bagi memberikan butiran terperinci berhubung beberapa kejadian yang telah diputar belitkan oleh pihak tertentu dengan tujuan mencemarkan imej PDRM.


1.            Tohmahan melibatkan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang mendakwa dirinya dilanggar kenderaan polis

Dalam kes melibatkan Mohamad Sabu, rakaman video menunjukkan peta perjalanan Timbalan Presiden PAS itu yang membonceng sebuah motosikal bersama seorang lelaki menggunakan Jalan Maharajalela dari Mandarin Court ke lokasi kejadian di kawasan perumahan Sri Bukit Persekutuan.

Ia memaparkan motosikal yang dinaiki Mohamad Sabu tidak dilanggar oleh kenderaan polis seperti mana didakwa oleh beliau, sebaliknya beliau terjatuh sendiri selepas membuat pusingan U di kawasan tersebut.

Salleh berkata, hasil siasatan menunjukkan Mat Sabu terjatuh selepas motosikal yang dinaiki hilang kawalan di sebelah kanan jalan.

"Hasil pemeriksaan kesihatan menunjukkan tiada kecederaan serius disebabkan kemalangan dan beliau hanya mendapat rawatan pesakit luar," katanya.


2.      Tindakan provokasi Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua  terhadap pihak polis

Mengenai situasi di Stesen KL Sentral yang melibatkan Tian Chua, beliau berkata, polis telah mengeluarkan sembilan (9) kali amaran supaya penunjuk perasaan bersurai tetapi mereka berdegil dan terus melakukan provokasi.

''Rakaman video menunjukkan aksi-aksi provokasi Tian Chua terhadap pihak polis,'' katanya”.

3.            Peristiwa tembakan gas pemedih mata di Hospital Tung Shin

Dalam kejadian sebenar di Hospital Tung Shin, pihaknya mengakui gas pemedih mata dilepaskan bagaimanapun ia dilakukan di lorong tengah antara sebuah bangunan kosong dan hospital berkenaan.


4.            Situasi melibatkan peserta perhimpunan, Allahyarham Baharudin Ahmad

Tohmahan berhubung kematian Baharudin pula jelas ditunjukkan menerusi rakaman video di bangunan Avenue-K ketika Allahyarham berlari memasuki bangunan berhampiran Kuala Lumpur City Centre (KLCC) pada hari kejadian pada pukul 4.30 petang.

Rakaman itu turut menunjukkan sebuah ambulans tiba di lokasi kejadian pada pukul 5.07 petang untuk membawa Allahyarham ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), selepas pihak kecemasan menerima panggilan kira-kira 17 minit sebelum itu.

Menurut Salleh, rakaman dari menara KLCC dan Avenue-K menunjukkan tiada gas pemedih mata dilepaskan di lokasi KLCC dan tiada anggota polis berada di lokasi Allahyarham meninggal dunia, sebaliknya bantuan awal diberi anggota polis bantuan.

"Hasil bedah siasat menunjukkan Allahyarham tidak mengalami sebarang kecederaan di luaran atau dalaman seperti lebam, calar atau luka serta menjelaskan kematiannya mempunyai kaitan dengan serangan jantung”.

"Berikutan itu, ia jelas menafikan tohmahan Allahyarham meninggal dunia akibat dipukul polis dan terkena gas pemedih mata," katanya lagi.


5.            Rakaman mengenai peserta perhimpunan Bersih, Shuhardi Md. Isa yang didakwa sebagai Baharudin.

Polis sedang mencari seorang lelaki dikenali sebagai Shuhardi Md. Isa dipercayai peserta utama yang bertindak membangkitkan provokasi terhadap polis ketika perhimpunan haram itu.

Terdapat empat tindakan provokasi Shuhardi yang berjaya dirakam pihak polis iaitu mengadakan solat di tengah Jalan Pudu, mengarahkan peserta-peserta perhimpunan supaya duduk dengan dialog "polis tidak datang kita gagal, jika tidak datang kita gagal", mara ke arah polis ketika diarahkan bersurai dan berlakon sesak nafas yang telah dimanipulasi pihak tertentu sebagai Baharudin.

Secara keseluruhan, tiada sebarang kecederaan serius atau kematian yang dikaitkan secara langsung pada hari perhimpunan haram.

Rakaman itu turut menunjukkan layanan baik polis terhadap pemimpin Bersih termasuk Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr. Zulkifli Ahmad dan Pengerusi BERSIH S. Ambiga,

Sehubungan itu, polis menasihati mana-mana pihak agar tidak memuat naik sebarang bahan atau artikel yang tidak menggambarkan situasi atau fakta sebenar perhimpunan haram berkenaan.
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
July 24, 2011 at 7:18 PM

TahNIAH PDRM kerana telah memberi penjelasan yang BERSIH suci Murni,, tanpa EDIT,, dari sudut pandangan tersendiri,,. MULTY ANGLE termasuk gambar udara,,.
Tetapiu mengapa pihak PDRM mengambil masa yang boleh dianggap panjang pada pengiraan MAHKAMAH untuk menyiarkan Video tanpa EDIT?? sedangkan mereka yang berniat serong telah menerbitkan atau upload VIDOE berEDIT dalam tempoh yang amat singkat,, Perhimpunan berlangsung hingga jam 5 pm dan Video telah wujud di BLOG masing-masing menjelang malam hari tersebut dengan berEDIT yang cukup Smooth,,.
Mengapa pulak pihak POLIS mengambil masa yang panjang hanya untuk memuatkan terus bahan tanpa edit??
PDRM memang cekap menyiasat dan mendapatkan Video,, Tak rugi rasanya MEMBAYAR cukai untuk MENGGAJIKAN PDRM..

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger