HARAM 2.0 TERKINI: S. AMBIGA SETUJU PERHIMPUNAN HARAM 2.0 DIADAKAN DI STADIUM





Akhirnya S. Ambiga mengalah apabila mendengar penjelasan Yang di-Pertuan Agong berhubung kesan negatif yang akan dialami rakyat Malaysia akibat daripada Perhimpunan Haram BERSIH 2.0.  

Keputusan ini berikutan titah Yang di-Pertuan Agong sebelum ini yang menyatakan Perhimpunan Haram BERSIH 2,0 yang akan diadakan pada Sabtu ini di Kuala Lumpur hanya akan mendatangkan kesan tidak baik kepada rakyat terutama peniaga dan orang awam.

Ahad lalu, Seri Paduka bertitah dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara, mereka diminta supaya tidak menjadikan tuntutan demokrasi itu membawa kemusnahan kepada negara.

Tuanku Mizan juga menyeru pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana.

Titah Seri Paduka, baginda selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.

Untuk itu, BERSIH 2.0 bersetuju mengadakan perhimpunan menuntut pilihan raya bersih dan adil di dalam stadium. Bagaimanapun setakat ini belum ditentukan stadium mana yang akan digunakan tetapi tarikh pada 9 Julai ini tidak berubah.

Jawatankuasa itu yang terdiri daripada pengerusi BERSIH Datuk S Ambiga, Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dan presiden Jamaah Islah Malaysia (JIM) Zaid Kamaruddin mengadap Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara, petang tadi.

Menurut Ambiga, pada sidang media selepas pertemuan itu, pihak jawatankuasa BERSIH 2.0 berjanji memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger