HARAM 2.0: TAK DAPAT BUAT DI JALANAN, STADIUM PUN JADILAH





S. Ambiga akhirnya mengalah apabila membatalkan Perhimpunan Haram BERSIH 2.0 yang dijadualkan Sabtu ini di sekitar jalan di Kuala Lumpur. Rakyat Malaysia sangat berterima kasih kepada Yang di-Pertuan Agong kerana atas campur tangan dan titah tuanku, S. Ambiga yang sebelum ini degil telah berjaya menukar fikiran untuk sekurang-kurangnya mengubah tempat berhimpun di stadium.

Daulat tuanku. Campur tangan tuanku telah berjaya mengembirakan seluruh rakyat Malaysia yang sayangkan negara dan keamanan. Bukan mudah untuk menghasilkan suasana aman dan tenteram di Malaysia sejak kejadian 13 Mei yang mengakibatkan rusuhan kaum. 

Sebelum ini, polis telah mengesyorkan kepada BERSIH 2.0 supaya mengadakan perhimpunan haram atau demontrasi di stadium, tetapi menolaknya atas alasan takut tidak ramai yang hadir. Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor yang awal-awal lagi menolak perhimpunan haram itu diadakan di stadium atas alasan tidak ada umph.. dan mencadangkan tempat perhimpunan yang paling sesuai adalah di jalanan di Kuala Lumpur. Sehari selepas itu, beliau telah mengumumkan bahawa beliau tidak akan menyertai perhimpunan haram itu disebabkan banyak urusan pejabat (sebenarnya takut kena tangkap).

Apabila mengadakan Perhimpunan Haram BERSIH 2.0 itu di stadium sekurang-kurangnya sampah hanya akan bertaburan di dalam dan perkarangan stadium. Dan di situ, mereka boleh menyalak dan berteriak hingga ke malam kerana tidak akan menganggu sesiapa. Sekiranya mereka hendak berkelahi atau bergaduh sesama mereka, lantaklah asalkan matlamat mereka tercapai.

Apakah pertemuan tadi S. Ambiga ada menyerah memorendum yang mengandungi 8 tuntutan yang hendak ditujukan kepada SPR? Sekiranya tidak, kenapa tidak mengambil kesempatan di atas perjumpaan itu dan tidak perlu diadakan perhimpunan haram?

Kenapa perlu mengadakan perhimpunan haram sedemikian hanya kerana mahu menyerahkan memorendum? Dahulu, sebelum wujudnya PKR dan Anwar, politik negara aman dan damai walaupun sedikit sebanyak kerenah DAP dan PAS yang boleh ditangani secara aman. Tetapi, kemasukan Anwar dan wujudnya PKR, politik negara sekarang berada dalam kucar-kacir. Sekiranya Anwar tidak dapat melakukan hujahnya dalam pembelaan kes liwatnya, sumbat sahaja Anwar ke dalam penjara. Hanya dengan itu, politik negara akan aman dan tenteram.

Peringatan kepada peserta Perhimpunan Haram BERSIH 2.0. Selepas berhimpun jangan lupa BERSIHkan sampah-sarap yang akan menjadi hidangan BERSIH 2.0 selepas berhimpun.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger