HARAM 2.0: SASTERAWAN NEGARA DIPERALATKAN BERSIH 2.0




Umum mengetahui rakyat Malaysia hormat kepada penerima anugerah seperti Sasterawan Negara atas jasa dan baktinya dalam memartabatkan bahasa Melayu dan karya sastera.

Bagaimanapun, penglibatan sasterawan negara dalam konteks politik merupakan sesuatu yang di luar bidang. Apakah mereka ini benar-benar perjuangkan sastera atau telah dipergunakan pihak tertentu untuk kepentingan politik mereka.

Dalam kenyataan bersama Datuk Shahnon Ahmad, Muhammad Haji Salleh, Datuk Noordin Hassan dan Datuk Dr Anwar Ridhwan berkata mereka menggesa semua yang ditahan menjelang perhimpunan BERSIH 2.0 yang dijadual Sabtu ini dibebaskan segera. Empat sasterawan negara berharap pintu rundingan sentiasa dibuka.

"Kami juga menggesa supaya mereka yang ditahan dibebaskan segera, dan wakil mereka diajak berunding. Suasana dan kesan positif hendaklah merupakan hasil yang diharapkan," kata mereka.

Sebagai sebuah negara maju yang memilih demokrasi sebagai landasan falsafah dan amalan politik, Malaysia harus dapat mengimbangkan kebebasan bersuara dan kesejahteraan awam.

Sebelum ini, polis yang dipertanggungjawabkan menjaga keamanan dan ketenteraman awam di Malaysia telah melakukan banyak rundingan terhadap kumpulan BERSIH 2.0 ini bagi mencadangkan beberapa langkah bagi menghalang perhimpunan haram itu dijdalankan.

Kesediaan polis membuka pintu rundingan bersama SPR telah dipandang remeh BERSIH 2.0 dengan pelbagai alasan. Ini menguatkan lagi dakwaan bahawa mereka ini sememangnya mahu mengadakan perhimpunan haram walau apa cara sekalipun sehinggalah Yang di-Pertuan Agong masuk campur.

"Di sebuah negara seperti Malaysia, kebebasan bersuara dan berkarya merupakan salah satu jaminan prinsip demokrasi”.

Berhubung tindakan polis yang mengambil kenyataan dan keterangan A. Samad Said adalah disebabkan kemunculannya dalam Pelancaran Perhimpunan Haram BERSIH 2.0. kemunculan A. Samad Said itu adalah bersesuaian dengan tempatnya walaupun beliau berpegang mahu mempamerkan bakat yang sedia ada.

Walaupun penulis bukan penerima Anugerah Sasterawan Negara, tetapi pada dasarnya penglibatan kesemua Sasterawan Negara di dalam konteks BERSIH 2.0 adalah sangat tidak bersesuian. Apakah Sasterawan Negara sudah kekurangan tempat untuk berkarya? 
Share this article :
 

+ comments + 2 comments

Anonymous
July 5, 2011 at 4:51 PM

Dia memberontak dalam karya nya lalu di luahkan ke jalan raya...ntah lerr bro !

Anonymous
July 5, 2011 at 4:56 PM

ya..aku pun nak cakap cm gitu juga..ntah ler bro...agak gak nya orang2 berjiwa halus memang cm gitu kot...kita ni semua berjiwa kasar tak berseni kot...tak paham aku ! ntah lerrrr broooo ..hahaha

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger