HARAM 2.0: S. AMBIGA MANUSIA PALING POPULAR TAHUN 2011?






Sejak tahun 2007, semasa BERSIH 1.0 dilancarkan oleh Pakatan Pembangkang yang bertujuan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-12 yang ketika itu sedang menunggu masa dan detiknya sahaja. Pada ketika itu juga, kerajaan di bawah pimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Kepimpinan Tun Abdullah selepas mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Tun Dr Mahahir ternyata banyak ranjau dan duri. Kemenangan bergaya BN dalam Pilihan Raya Umum Ke-11 pada 2004, iaitu sejak menjawat jawatan Perdana Menteri tidak kekal lama apabila tsunami politik Malaysia berlaku pada tahun Mac 2008. Sejak itu pemerintahan era Tun Abdullah menghadapi cabaran politik yang sangat dahsyat menyebabkan Tun Abdullah mengambil keputusan drastik untuk melepaskan jawatan Perdana Menteri bagi mengelak kemerosotan lebih teruk. Pada ketika itu juga Pakatan Pembangkang semakin rakus dan bersifat angkuh apabila berjaya nemawan 5 negeri yang sebelum ini dikuasai BN.

Rentetan kejayaan BERSIH 1.0, Pakatan Pembangkang sekali lagi menganjurkan Perhimpunan Haram BERSIH 2.0 tetapi menggunakan NGO sebagai wadah perjuangan mereka. Walaupun tidak berdaftar dan masih bersifat HARAM, BERSIH 2.0 tetap angkuh apabila tidak mahu mendengar nasihat polis dan Perdana Menteri dalam terus bertegas mahu mengadakan perhimpunan haram. Cadangan polis supaya demontrasi dan perhimpunan haram ini diadakan di staidum ditolak secara mentah-mentah dan angkuh dengan keputusannya yang mahu juga mencetuskan kekacauan di jalanan, akhirnya Istana Negara terpaksa masuk campur memandangkan laporan polis yang sudah mencecah lebih 3,000 laporan polis oleh individu dan organisasi.

Rundingan polis dan BERSIH 2.0 sebelum juga mencapai kegagalan ekoran kedegilan S. Ambiga yang berkeras mahu mengadakan perhimpunan haram. Keangguhan S. Ambiga itu berterusan seperti mana sikap S. Ambiga yang menentang undang-undang syariah (Islam) ketika mewakili Lina Joy dalam kes murtad. Keengganan S. Ambiga juga yang mempunyai kelulusan peguam mendengar nasihat pemimpin negara dan polis ternyata menunjukkan sikapnya yang keras kepala. Kenapakah S. Ambiga yang profesionnya sebagai peguam tidak bersifat profesional.dalam mematuhi undang-undang negara?

Bercakap mengenai maksud tersirat di sebalik penganjuran perhimpunan haram itu, S. Ambiga dijadikan alat permainan politik dibelakang tabir. Malah apabila berlakunya sidang akhbar dan kenyataan akhbar yang dibuat BERSIH 2.0, khalayak pemimpin Pakatan Pembangkang tidak muncul. Tetapi, sikap dan tindakan mereka yang memberikan sokongan secara terbuka kepada penganjuran perhimpunan haram itu mendatangkan kecurigaan. Malah tindakan mempromosi dan menjual baju-T BERSIH 2.0 kepada orang ramai telah dilakukan pemimpin PKR dan DAP mencetuskan bahawa BERSIH 2.0 didalangi pemimpin Pakatan Pembangkang. Desas-desus bahawa mereka mahu menjatuhkan kerajaan sedia ada seperti yang pernah berlaku di negara-negara Asia Barat menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13. Tidak kurang juga yang mahu melihat ketua pembangkang, Anwar Ibrahim bebas daripada tuduhan meliwat dan melakukan seks bebas. Apapun sebabnya, Perhimpunan Haram BERSIH 2.0 ini mempunyai hubung kaitnya dengan Pilihan Raya Umum Ke-13.  

Manusia Haram Paling Popular 2011

Kejayaan S. Ambiga menghadap Yang di-Pertuan Agong dalam membincangkan Perhimupunan Haram BERSIH 2.0 dilihat ramai pihak khususnya penyokong pembangkang sebagai kemenangan moral BERSIH 2.0. Sebelum ini kebanyakan rakyat Malaysia membantah tindakan S. Ambiga yang mahu menghadap Yang di-Pertuan Agong kerana telah mengheret Istana ke dalam kancah politik. Ini tidak perlu kerana kerajaan dan polis boleh menanganinya. Tetapi, atas kedegilan S. Ambiga semua nasihat dan cadangan kerajaan dan polis itu dipandang remeh.

Apa pun ketika ini para penyokong Pakatan Pembangkang secara terus melaungkan kemenangan mereka dalam suasana ini setelah masuk campur Istana Negara. Hakikatnya, S. Ambiga berjaya meletakkan dirinya sebaris nama-nama popular walaupun beliau bukan pemimpin politik. Inisecara langsung menjadikan tahun 2011 sebagai tahun paling glamor yang dimenangi S. Ambiga. 
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger